Kisah Adam dan Nenen

Menyusu ketika Hamil..
---------------------------------------



Alhamdulillah, Adam masih breastfeed even usia kandungan Dila dah cecah 34weeks. Walaupun bukanlah exclusive breastfeed, tapi bagi Dila, ini pun adalah pencapaian yang amat membanggakan.

DUGAAN?

Siapa kata tak ada dugaan. Dengan nak cari posisi yang selesa terutamanya bahagian belakang badan, dengan sensitifnya breast (pregnancy symptom) dengan Adamnya yang memang tak reti duduk diam time breastfeed. Tapi sangat2lah terubat bila perut makin membesar, dak tenit ni keraplah mengusap2 perut, cuma yang tak bestnya dia suka sangat duk gentel pusat mama dia ni. Kadang2 mama tak tahan kena lepuk gak tangan dia.😹

Satu lagi dugaan, bila ada orang pandang serong sebab masih lagi breastfeed Adam. Mereka anggap Adam dah cukup besar untuk masih breastfeed, lagi pun Adam nak dapat adik dah kan.πŸ‘¦πŸ‘Ά

Bagi Dila, selagi masih ada susu, selagi tulah Dilah akan breastfeedkan Adam. Lagi pun, umur Adam belum 2 tahun pun. Baru nak masuk setahun 9 bulan. Why not? Adam pun bukanlah kerap breastfeed sebab ketika awal kehamilan, susu Dila agak drop. Mungkin kerana hormon. Masa tu Adam pun dah start campur minum susu FM.

Dila anggap Adam ni dah macam breastpump. Memudahkan mama nanti nak breastfeed adik. Pegang pada konsep SUPPLY & DEMAND. Cuma badan akan rasa cepat letih sebab perlukan tenaga untuk penghasilan susu. (Dah minta dah kat inche husben minta belikan ESP untuk bekalan tenaga.. kih3)



.............................................................................

Ada yang kata, TAK ELOK BREASTFEED MASA HAMIL.

Tak semestinya. Mengikut pembacaan Dila, ibu masih boleh menyusu seperti biasa jika TIADA komplikasi berlaku atau jika ibu TIADA sejarah komplikasi semasa kehamilan sebelum ini seperti; keguguran, pendarahan semasa hamil, kelahiran bayi pramatang atau hamil kembar.

Alhamdulillah. Dila tiada komplikasi dan doctor sangat2 galakkan meyusukan Adam.

...........................................................................

Ada yang kata, SUSU TU HAK ADIK.πŸΌπŸ‘Ά

Maaf, adik masih belum keluar dari perut lagi. Hehe.. Dan mengikut pembacaan Dila, kolostrum akan keluar untuk penyusuan bayi yang akan dilahirkan. Pendapat Dila selagi kolostrum belum keluar tak salah Adam teruskan penyusuannya. Itu masih hak Adam.

Dalam Islam pun tak ada pelarangan menyusukan ketika hamil, selagi mana ibu tiada masalah dengan kandungannya.



................................................................................

Ini adalah pendapat Dila. Bagi ibu yang hamil dan masih ingin teruskan atau berhenti penyusuan, itu adalah hak anda. Bagi yang ingin teruskan, tutup telinga dan butakan hati dengan cakap2 belakang orang luar. Banyakkan pembacaan dan berdoa. InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

Dan kepada suami, sila SUPPORT isteri anda.. Hokay!!





Comments

Nisa' said…
Seronoknya hidup berkeluarga, punya anak sendiri and mengalami sendiri 'proses' menjadi seorang ibu. Cukupkan segala nutrien ya? :)

Popular Posts