Resepi Kek Batik

Salam semua.. 😎

Hari ni Dila akan share resepi kek batik yang Dila guna. Almaklum ada orang request. Malu pula nak share tapi orang dah minta, kita bagi jelah kan.

Resepi ni juga Dila guna untuk kek batik yang Dila jual kat kedai vendor tu. Asalnya resepi ni Dila dapat daripada ibu Dila tapi ada olahan versi Dila sendiri sedikit. Hehe 😋

Selamat mencuba.. 😊



RESEPI KEK BATIK
----------------------------

Bahan-bahan

250g planta / buttercup
200g serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil ekstrak vanilla
¾ tin susu pekat
1 paket biskut marie ( biskut dipecah 4 atau 2)

Cara-cara

1. Cairkan Planta didalam kuali. Selepas cair masukkan susu pekat.

2. Gaul sehingga ada buih2 kecil. Guna api perlahan tau.

3. Masukkan estrak vanilla dan gaul sebentar.

4. Masukkan serbuk milo bersama serbuk koko didalam adunan. Kacau sehingga tiada ketulan sambil2 tu bolehlah berselawat sekali. Proses mengacau ni agak lama. Pastikan betul2 tiada ketulan tau.

5. Bila sudah pasti tiada ketulan. Matikan api.

6. Masukkan biskut dan gaul sehingga rata. Masukkan biskut sedikit demi sedikit sebab takut biskut terlebih nanti.

7. Sediakan bekas yang anda ingin gunakan untuk letak adunan kek batik. Masukkan dan mampatkan adunan tadi sehabis baik.

Ada tips kat sini Dila nak kongsi;
Sebelum masukkan  adunan kek batik didalam bekas, alas bekas dulu dengan ‘Cling Wrap’. Nanti bila nak makan, senang anda nak keluarkan kek batik dari bekas.

8. Biarkan adunan sejuk sebentar. Bila agak2 adunan dah sejuk bersuhu bilik, baru masukkan dalam peti sejuk.

9. Simpan didalam peti sejuk dalam 4 jam. Then bolehlah potong dan makan. Kalau anda simpan lebih dari semalam didalam peti sejuk, setelah keluarkan biarkan kek batik dalam 15-30 min kemudian boleh lah nikmati kek batik anda. 😆

Fadilah
0146201281
SID yang kerap mengidam kek batik time prengnen.

Comments

Popular Posts