Nutrisi Yang Diperlukan Ibu Hamil




Dila pasti, ramai ibu2 hamil akan sentiasa rasa runsing dengan keadaan kandungannya, lagi2 ketika kehamilan anak pertama. Rasa kalau boleh 24jam nak scan baby dalam perut, nak tau baby okey ke idak dalam perut kan. Kalau dah hujung2 pregnen, lagilah runsing. Lagi2 bila rasa lama sangat tiada pergerakan baby, mulalah hati tak keruan. 😅


.
Dila juga yakin, semua ibu2 yang hamil pasti mahu berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan mereka terutamanya BEKALAN NUTRISI. Bekalan nutrisi yang cukup dapat memastikan tumbesaran bayi di tahap yang optimum. 👶
.
Antara sumber nutrisi yang diperlukan oleh ibu2 hamil ialah;

i) Karbohidrat
Sumber tenaga untuk pembinaan, perkembangan dan pemulihan sel badan.
Memastikan bahagian badan seperti jantung, otak & hati berfungsi dengan baik.

ii) Lemak
Sebagai sumber zat blok binaan untuk sel membran & hormon.
Sumber tenaga simpanan
Membantu penyerapan vitamin larut lemak.

iii) Vitamin C
Penting untuk pembentukan kolagen yang merupakan komponen penting untuk pembentukan salur darah.
Membantu badan ibu menyerap zat besi yang penting untuk perkembangan bayi.

iv) Protein
Untuk pembinaan sel2 badan.
Membentuk sel2 darah merah yang akan membekalkan oksigen secukupnya kepada bayi.

v) Mineral
Zat untuk membantu proses perkembangan & pertumbuhan di dalam badan.

vi) Vitamin B Complex
Membekalkan tenaga
Membantu ibu rasa lebih tenang dan relax (anti- stress).
Membantu atasi anemia
Membantu mengurangkan kecacatan saraf pada bayi.

vii) Vitamin D
Diperlukan untuk pertumbuhan & pembentukan tulang bayi dengan sempurna.

viii) Asid Folik
Untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah yang sihat dikalangan bayi.
Mencegah kecacatan saraf pusat dan otak bayi.

ix) zink
Sangat penting dalam perkembangan sel2 bayi.

x) Zat Besi
Diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (protein didalam sel darah merah yang mengangkut oksigen).
Penting untuk tumbesaran bayi & plasenta.

xi) Kalsium
Untuk pertumbuhan struktur tulang bayi.
Jika pengambilan kalsium yang tidak cukup oleh ibu, bayi akan menyerap sumber kalsium dari tulang ibu. Ini akan menyebabkan ibu akan mengalami gejala osteoporosis


.
Persoalannya, cukupkah ibu mendapatkan sumber nutrisi penting di atas hanya melalui sumber pemakanan seharian? 😮

InshaAllah Dila akan kongsikan cara2 untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap semasa kehamilan.

Shafdila
0146201281
SID yang juga sedang hamil anak ke-2.

Comments

Popular Posts