Pengalaman Pemasangan Implanon Kali Pertama
Asalammualaikum dan Hai korang.
(Gambar sumber google)
(Ni contoh alatnya. Gambar sumber google)
Kali ni Dila nak share Pengalaman Dila masa pemasangan Implanon buat kali pertama.
Seperti yang lain, opkos sebelum cari method perancangan keluarga yang bersesuaian, Dila akan cuba google, google dan google serta bertanya yang terdekat pengalaman diaorang. Macam korang yang tengah baca blog ni lah kan.. tehee..
Okey, lepas bersalinkan anak ketiga Dila, Callia Nour Humeera, Dr Yuli (Dr pakar yang handle Dila dekat Hospital Andorra) tanya Dila nak merancang keluarga guna kaedah apa?
Masa ni masih blur lagi, sebab first time kan nak merancang guna kaedah lain. Selalunya rancang sendiri sebab Dila nekad nak menyusukan sampai 2 tahun. So takutlah kan if ambil any precaution akan ganggu production susu.
Then, Dr Yuli suggest guna IUD. Siap tunjuk lagi alat dia macam mana.Tapi, sebabkan swasta dan perancang keluarga tak dicover oleh PM Care company husband, so kita KIV lah dulu..hehehe
(Gambar sumber google)
So antara hasil google menggoogle Dila, maka kita listkan lah segala perancang yang available.
- Pil perancang memang Dila reject awal2 sebab Dila bukanlah seorang yang disiplin nak konsisten makan pada waktu yang sama setiap hari.
- Suntikan dua bulan sekali, memang takda dalam list. Tak gigih nak p klinik tiap dua bulan. Klinik Kerajaan jauh nun di Mines sana. Nak tempuh jem dan cari parking pun hazab. Korang google lah Puncak Jalil ke Mines sana berapa jauh.. hahaha
- IUD memang dalam list, tapi bila baca pengalaman orang dekat blog rasa macam seriau pulak. Sebab nak kena cek tali tu kan. Belum lagi part nak pasang dia tu. Then agak takut juga if kena any infection sebab fobia kena infection time first pregnen tak hilang lagi.. 😅😅
- Implanon pun memang dalam list. Cuma time tu modal tak berapa nak kencang lagi. Try search dekat laman web LPPKN, pemasangan RM500, pengeluaran RM100. Tapi jauh pulak klinik under LPPKN ni kan. Leceh lah pulak. So masa tu riki2 juga harga dekat klinik area rumah. Antara klinik area rumah yang buat, Klinik Siti. Masa tanya hari tu dia kata pemasangan RM800. Nak cabut RM100. OH EM GEE..
Nak dipendekkan cerita, masa husband dapat jual iphone bini dia ni RM800 hujung bulan 2 hari tu, RM700 tu dia bagi bini dia balik buat modal nak pasang implanon.
So dalam bulan 3 tu lepas balik kampung, ingatnya nak buat lah pemasangan implanon tu kat Klinik Siti. Sekali virus kenit Covid19 menyerang negara kita dan PKP pula diwartakan.
Ah.. sudah.. simpan dululah angan2 nak pasang implanon.
Sebab nak p klinik pun takut oii..
Dah lah ada kes kat taman perumahan ni.
Then masa PKPB beberapa hari nak raya tu, agak reda sikitlah kes covid19. So rasa berani lah sikit nak p klinik dan bebudak pun ada orang boleh jaga sebab raya kat kampung kan. Dila try lah google kos implanon kat klinik area Kuala Selangor dan Tanjung Karang ni..
Masa google tu jumpa satu klinik ni. Kos pemasangan RM650. Sekali bila buat appointment, terpaksa cancel pula. Sebab implanon tu kena order kat supplier. Bukan ready stock. Nak kena tunggu dalam seminggu lebih baru ada stock.
Then tetiba teringat klinik yang sebelah kedai Jimat RM2 Kuala Selangor tu ada buat pregnancy checkup. Dila pun try Google dia punya klinik dan call nak tanya ada tak buat pemasangan implanon. Nama klinik tu, Klinik Anda Kuala Selangor.
Nasib ada uollss. Dan kos pemasangan nya adalah RM600.
Yes, bawah budget yang diberi husband Dila. Terus buat appointment pemasangan Raya Ke-2 dengan doctor perempuan kat klinik tu.
And the day has come.. Hari pemasangan. Masa sampai klinik tu, register seperti biasa. Standard SOP ketika PKPB. Hanya pesakit sahaja yang boleh masuk. Dan kalau pesakit tu kanak2, hanya seorang je peneman boleh masuk.
Sofa pun siap kena tanda X untuk penjarakan 1 meter
Since hari tu masa Dila call, Dila lupa nak bagi number phone dan orang yang jawab call tu pun lupa nak minta details Dila, maka terpaksalah tunggu Dr perempuan sampai kejap.
Tapi yang bagusnya servis diaorang, sementara Dila tunggu Dr sampai, Dr go thru interview by phone. So jimat masa kat situ. Since Dila pertama kali pasang, so kenalah buat UPT, untuk check sama ada pregnant atau tidak dan check tekanan darah.
Masa interview thru phone tu, Dr siap pesan lagi;
1. First week pemakaian, bila lakukan hubungan WAJIB pakai protection dulu ye. Sebab ubat tu masih baru dalam badan.
2. First week selepas pemakaian, jika nampak lebam dekat tempat pemasangan, itu adalah perkara normal.
3. Incase nak buka sebelum 3 tahun pun boleh, boleh buka dekat mana2 pun boleh.
4. Kalau nak buka, pastikan sebulan sebelum cukup tarilh 3 tahun. Sebab takut kesan ubat tu tinggal sikit dan keberkesanannya akan berkurang.
So, bila Dr sampai je, terus masuk bilik rawatan.
Dr siap pakai set PPE lagi. Dah rasa macam buat pembedahan besar. Padahal nak pasang impanon je. Ni gara2 si kenit Covid19 lah ni.
Mula2, Dr duk terangkn pasang kat mana, tunjukkan alat yang akan dipakai dan terangkan procedure pemasangan macam mana semua.
(Ni contoh alatnya. Gambar sumber google)
Nak masuk ni siap doctor guna pembaris. Sebab nak tanda tempat nak masuk kan rod implanon. Then sekitar kawasan tu, Dr sapukn iodin sekitar kawasan nak cucuk tu.
Kemudian Dr suntik bius pulak kat lengan tu. So takdalah korang rasa sakit masa nak masukkan rod 4cm tu kat bawah lengan tu. Tapi suntik bius tu pun terasa ngilu juga sebab Dr duk hogeh2 sana sini sebab nak spreadkan bius tu. (Owh, Dila tengok syiling klinik je time ni, sebab seriau.. kah3)
Lepas agak2 ubat bius tu berfungsi, Dr test tekan2 dulu dan tanya Dila samaada ada rasa sakit atau tak sebelum proceed nak masukkan rod. Lepas je Dila kata tak sakit, terus Dr masukkan rod guna alat seperti kat bawah ni. Seperti biasalah, Dila pandang syiling klinik je. Tak berani nak tengok. Tau2 dah siap tampal dengan bandage. Hahaha
Sekejap je proses dia sebenarnya. Lepas je siap tu semua, Dr bagi kad Impanon ni untuk ingatkan kita bila tarikh pemasangan dan tarikh perlu keluarkan. Siap nyatakan lengan belah mana kita pasang.
Total semua untuk kos pemasangan termasuk ujian UPT adalah RM610.
Keluar je klinik, husband hadiahkan air Starbuck. Untung Kuala Selangor dah maju ada Starbuck. Hahhaha
Setakat ni setelah dekat 2 minggu pakai, kulit bawah lengan tu adalah rasa gatai sikit kat luka tu. Tapi terkawal lah. Normal je tu macam bila kita ada luka, luka nak sembuh. Rasa gataii je kan area situ.
Cycle period, agak berubah sebab sekarang ni, 8 hari lewat dah oii. Kalau dulu tak pakai apa2, rasa risau jekan sebab takut pregnen. Kali ni rileks siket sebab ada yang kata sampai dua bulan baru period mai. Ni stok UPT banyak ni, kita sedekah kat adik jelah kot. Huhuhu
Pening kepala atau muntah2? Ada sehari tu lah. Tu pun lepas seminggu pakai. Rasa time tu kalau ikut jadual, period dah mai. Tapi dia tak mai pulak. So layan pening jelah. Tak tahu lah stok pening ni sentiasa mai lepas bersalinkn anak ketiga. Dua tiga hari sebelum period tu, mesti kena. So dah lali dah. Nanti Dila share antara gadget yang best masa layan pening kepala gara2 hormon ni.
Itu jelah kot nak share.
Panjang juga ni mencoret, takut takda yang nak baca. Kita baca sendiri jelah.
Owh, kalau nak tahu jarak umur anak2 Dila takdalah rapat sangat. Anak 1st dengan 2nd tu, dalam 1tahun 10bulan. Beza 2nd dengan 3rd, 2tahun 9bulan. So selesai untuk anak first batch. 2nd batch kita rancang 5-7 tahun lagi lah kot. Atau cukup lah tiga ni pun..hehehe
Comments