Work from home
Assalamualaikum.
Dila bukanlah merancang untuk jadi suri rumah sepenuh masa pun. Hanya diberi rehat sebentar oleh inche husben sehingga bersalin sebab hari2 duk bebel kat dia tension dengan tempat kerja. Tapi apa yang membuatkan Dila rasa nak work from home dengan kuat adalah anak2. Rasa seronok pantau dia membesar depan mata walaupun kadang2 ada rasa hilang sabar sikit. Hehehe
So since dah takada duit bulanan dan untuk menampung perbelanjaan diri sendiri setelah berhenti kerja, Dila join jadi vendor dekat kedai berhampiran dengan rumah. Hanya berniaga kek batik sahaja memandangkan kos tidaklah tinggi untuk membuatnya dan tahan lama. So, tak perlulah buat stok hari2. Alhamdulillah, setakat ini masih ada permintaan walaupun tidaklah sampai laku keras.
Kemudian, Dila nampak satu peluang untuk menambah lagi pendapatan iaitu menjadi ejen dropship perfume De’xandra. Bagi Dila menjadi dropshipper ni lagi mudah sebab tak perlu memegang stok dan percentage kerugian tu agak rendah.
Jujurnya, Dila memang tak tahu menahu langsung pasal perfume ni. EDP ke EDT ke memang tak tahu beza. Since dah join biz ni, nak tak nak Dila memang kena study. Macam mana nak jual kalau kita pun sendiri tak tahu produk yang kita jual. Betul tak? Sebab itu Dila keep sharing info dan tips sebab sambil Dila sharing sambil Dila belajar. ‘Give and take’ kata mat salleh.
Tapi Dila rasa masih ada rasa tak cukup lagi bila berbisnes. Dila kekurangan skill berbisnes, cara pengurusan, cara iklan. How? Masuk kelas? Mana nak cekau duit beriban2 untuk masuk ke ke kelas.
Dari situ terdetik hati Dila nak join Shaklee bawah naungan Master Nana Macarona (Spectacular). Actually Dila dah friend dengan Master Nana dalam FB sebelum beliau berniaga Shaklee lagi. Almaklum Master Nana ni dulu housemate kawan Dila. Hehe.. So Dila follow jatuh bangun beliau dari FB. Dari sebelum beliau berniaga Shaklee sampai beliau berjaya sehingga tahap sekarang ni.
Tapi Dila tak direct terus ke Master Nana, Dila jumpa dengan sahabat baik Dila, Farah Madiha yang juga dibawah naungan Master Nana. Dila tanya macam2 kat dia sampai jawapan dia boleh meyakinkan Dila. Sebenarnya benda Dila paling takut untuk berbisnes Shaklee ni takut tak berjaya. Sebab ramai orang disekeliling Dila join, so masih ada market lagikah kalau Dila buat bisnes yang sama? Bila sahabat Dila kata, percaya rezeki dari Allah, tersentap juga. Pernah juga baca status ni dari Master Nana. Insaf sekejap.
So, bila dah join under Master Nana ni, macam2 tips dapat. Cara followup, cara hardselling. Cara softselling, cara dekatkan diri dengan Allah pun diterapkan sekali. Alhamdulillah. Rasa macam beruntung juga join. Rasa macam kenapalah aku tak join awal2 dulu. Tulah, negatif je memanjang.
Bila dah bagi tips, nak kena implement pulak kan. Since Dila ada anak kecik yang otak sedang berhubung ni, memang struggle sikit nak study tips bisnes, study produk, update status, update blog. Mostly Dila akan sambil2 buat time dia tengah imaginasi bermain dengan mainan2 dia. Kadang2 terpaksa tunggu si kecil tido, baru idea datang mencurah2. Bermulalah episod ‘Burning the midnight oil’ macam zaman study dulu. Hahaha.
Tapi, semua ni InsyaAllah takkan mematahkan semangat Dila. Dila kena fokus, mesti ada target. Kena susun jadual and daptkan rentak. Dah taknak macam dulu2 dah. Macam2 alasan beri sampai biz tak berjaya. Kena fokus bisnes Shaklee. If orang lain yang lagi teruk situasi dari Dila boleh, kenapa Dila tidak.
“Ya Allah, kau jadikanlah bisnes Shaklee Fadilah berjaya..
Kau tabahkan hati Fadilah dalam bisnes Shaklee ini..
Jauhkan hati Fadilah dari sifat malas dan putus asa.
Kau permudahkan rezeki Fadilah didalam bisnes Shaklee ini, Ya Allah..
Kau jumpakan Fadilah dengan orang yang benar2 berjaya..
Ya Allah, kau permudahkanlah Fadilah untuk mencapai target2 dia didalam bisnes ini..
Hadirkanlah insan2 yang berjiwa besar untuk Fadilah bantu untuk sama2 berjaya Ya Allah..
Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..”
Terima kasih kerana bersama2 mendoakan Dila agar berjaya dalam bisnes Shaklee ini. InsyaAllah..
Shafdila
0146201281
SID yang berjiwa besar
Comments