Perangkap Tikus Paling Berkesan

Korang ada masalah tak dengan tikus tumpang berteduh dalam rumah?

Nak share gambar pun Mama D tak berani.
Meremang bulu roma tau!!

Actually start Isnin lepas, perasan something wrong dekat dapur.
Hurm.. bau something yang tak sedap.
Macam kecing tikus.

Then check sekeliling.
Sah memang tikus masuk rumah.
Dia tinggalkan jejak najis dia.

Actually ni kali ketiga kena serang ni.
First serangan, sempat dia buat lubang dekat pintu dapur.

Rasa nak kutip je duit dari diaorang minta ganti pintu dapur yang diaorang tebuk tu.
Kau ingat pintu ni murah nak tukar2!!

Memandangkan kami masih kumpul modal lagi nak tukar pintu, kami sendal dulu dengan batu bata.

Masa mula2 kena serang, macam2 perangkap tikus kami guna.

1. Jenis Penyepit


Yang ni memang tak jalan langsung. Hahaha
Membazir je beli.


2. Jenis Sangkar


Yang ni pula dia masuk perangkap.
Tapi bila kau cek esok pagi, pintu dah tertutup, makanan dah lesap, dia pula ghaib.
Magik tak? Dah boleh lawan David Copperfield. 🤣🤣

So kami buat esperimen buh perangakap ni dalam pleastik sampah.
Konon nak bagi dia terkejutlah tetiba tak boleh keluar.

Sekali bukan dia yang terkejut.
Mama D yang terkejut.

Sebab dia rileks je keluar dari plastik tu masa Mama D tengah dekat dapur.
Dah lah Mama D geli gelemen.
Terus banned dapur selagi mahluk kecik ni tak tertangkap.

3. Gam sapu

Yang ni memang masuk perangkap.
Tapi Ya Allah lecehnya lahai..

Mula2 kitaorang pasang ni, tak kena tau.
Dia boleh lepas walaupun kitaorang letak dekat pintu laluan utama dia.(dekat lubang pintu yang dia tebuk laa..
Kuat tak kuat mahluk kecik ni.
Habis melekat2 gam ni dekat lantai n dinding dapur. Sadis.

So second time, kami guna method yang sama, tapi tempat yang berlainan.
Yes, akhirnya.. tertangkap sudah walaupun lantai rumah ku comot terkena kesan gam hasil rontaan untuk melepaskan diri cik tikus ni.. 😅😅

Tapi ingatkan habislah sudah kejadian mahluk kecil ni.
Tidak rupanya.

Ada kaum kerabat yang lain sedang menyorok.
Tapi kami masih belum sedar kewujudan mereka.

4. Perangkap Gam Mr.DIY

Wehhh.. hari tu dah bersihkan, awat ada lagi taik tikus kecik2 ni.
Rupanya dia tinggalkan keturunan dia dekat sini.



So, masa kami cuci mata dekat Mr.DIY, ternampak perangkap tikus jenis gam macam kat atas ni.
MUDAH, HASSLE FREE dan yang penting PALING BERKESAN.

Dan perangkap ni memang kami akan sentiasa guna umtuk menangkap mahluk perosak ni.

Tiga kali dah kami guna, dan ketiga-tiga berjumpa jodoh dengan mangsanya esok pagi.
Dengan pelukan yang kuat tanpa mampu si mangsa melepaskan diri.

Seriously, memang recommended sangat.
Cicak pun menangis oii kalau terjatuh kat sini. 🤣🤣

Tak mahalpun.
Encik suami kata RM3.90 sahaja.

Korang p lah cari. Tapi jangan borong pula.
Nanti kalau rumah kami kena serang lagi, kami nak guna apa. Hahaha 😝😝

Comments

mzfara said…
Tolong laa.. Kalau lipas aku boleh tahan lagi. Kalau bab cikti ni memang stress!! Seb baik ada ni.. Nak standby kat rumah la 😊
Fadilah Kashim said…
Kan..
Bab cik ti ni memang stress.. 😭😭

Popular Posts