PAKAIAN BUNDLE: LUBUK BAJU BERJENAMA DENGAN HARGA YANG MURAH
Korang pernah pergi Bandoru?
Eh.. bukan suruh p Jepun sana. Dila maksudkan Bandoru Store yang sangat terkenal dengan trademark “BETTER THAN NEW”.
Gambar sumber dari Google
Husben Dila pernah bawa Dila p Bandoru dekat Batu Tiga, Shah Alam.
Kami cuci-cuci mata sahaja.
Tapi kalau ikut personal opinion Dila, kalau nak cari seluar jeans, boleh lah kot p sini.
Yang lain so-so sahaja.
Kena pandai pilih.
Actually first time Dila p kedai bundle masa awal tahun 2017. Masa tu geng dengan Nenek AdaMaira saja nak jenguk Family Bundle dekat Tanjong Karang.
Kami ingat, just cuci-cuci mata, end up lama gila dekat situ. Sampai dah masuk maghriblah juga. Hahaha
Then esoknya, ajak husben pula cuci mata dekat situ.
Banyak lah juga menyelam mencari baju anak-anak RM5 selai.
Bukan takat standard pakai harian dekat rumah tau, standard yang boleh bawa p jenjalan pun hadoo.
Yang penting korang kena sabar macam korang duk sabar pilih bawang dekat tesco. Kah3
Owh,, yang RM5 ni dia tak gantung tau.
Dia duk dalam OFFER BIN. So korang kena selongkar satu-satu cari yang berkenan.
Ada juga yang bergantung. Tapi lain harga tau.
Senang kata yang RM5 ni yang paling murah.
Dan untung2 dengan kesabaran korang menyelam, dapat jumpa baju anak-anak yang cecantik untuk pakai jenjalan. Hehehe
TAPI, kalau korang jenis tak sabar dan jenis nak cepat je...
Haa.. korang boleh jenguk IG littlekiddies.store
Senang gila kat sini.
Korang just scroll je tengok mana yang berkenan dekat mata.
Murah pun murah walaupun berjenama.
Selain tu, diaorang siap nyatakan sekali kondisi baju.
Selalunya apa yang diaorang nyatakan, itulah kondisi baju tersebut.
Ni Dila kongsikan sekali maksud setiap kondisi baju untuk rujukan korang.
MAKSUD CONDITION BAJU
.
.
LIKE NEW - memang nampak baru, mcm xpernah pakai sama mcm di mall. Kain cantik, tag brand & saiz masih elok. Kira tiptop.
.
JALAN - masih nampak macam baru & sesuai untuk bawa jalan2, mungkn ada sedikit bulus manja.
.
TAMAN - Boleh pakai untuk jalan2 jarak dekat cth pergi kedai berhampiran, atau untuk pergi taska. *bulus *pudar*
.
HARIAN - Yang mmg dipakai hari2 dirumah. Ada sedikit*kotor *bulus *pudar
.
4 helai RM10 - sama dengan kondisi harian tetapi *warna pudar *kotor *bulus banyak sikit.
.
.
**NOT SUITABLE FOR FUSSY MOMMIES.**
**PLEASE NOTE THIS IS BUNDLE ITEMS**
Sumber: littlekiddies.store
Berbaloi sangat beli dekat sini, lagi-lagi kalau anak2 yang hantar dekat taska.
Takdalah rasa ralat sangat kalau baju kotor, cuci2 takmo hilang.
Hanya mak2 je yang memahami.. huhuhu
Takdalah rasa ralat sangat kalau baju kotor, cuci2 takmo hilang.
Hanya mak2 je yang memahami.. huhuhu
Comments