Saya Gugurkan Kandungan Kerana Suami Tidak Mahu Anak
“Maaflah, saya bukan tak nak anak, tapi suami yang tak nak.”
Astaghfirullah al-azim.. Mengucap Dila bila baca perkongsian dari group Info Ibu Hamil.
Ketahuilah bahawa anak itu adalah rezeki.
Kalau kita selalu minta Allah murahkan rezeki, dah kenapa bila Allah beri rezeki kita menolaknya.
Dila tak pasti samaada perkongsian ni hanya untuk meraih viewer yang tinggi atau betul2 berlaku. Kebenarannya, hanyalah tukang yang post yang tahu.
Tapi Dila bukan nak cerita pasal menggugurkan anak ni. Sebab semua orang tahu benda ni berdosa.
Yang Dila nak kongsikan adalah cara untuk merancang.
Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki awal pada Dila untuk mendapat sepasang.
Adam kini hampir masuk usia 4 tahun pada bulan Februari 2018, manakala Humaira yang kini hampir masuk 2 tahun pada 26 Disember ini.
So kami suami isteri untuk plan anak ketiga apabila usia Humaira 4 tahun, bermaksud ada 2 tahun lagi ni.
Since Dila fully breastfeed Humaira, so pil2 perancang memang Dila tak ambil.
Sebab takut ganggu penghasilan susu.
So tak nak ambil risk kami guna perancang sendiri.
Untuk merancang sendiri memang kena make two to tango.
Bukan Isteri sahaja yang kena berhati-hati, tetapi suami pun kena berhati-hati.
Sebab tu pentingnya untuk isteri ketahui bila waktu subur (ovulation).
Untuk Dila, Dila guna Flo (Period Tracker Apps)
Bila guna ni, setiap kali masuk waktu period, kita wajib keyin.
Jangan miss. Sebab apps ni akan bantu untuk calculate waktu subur kita.
Untuk apps Flo ni, Dila tak pasti android ada ke tak.
Tapi kalau takda, korang boleh guna period tracker.
Yang ni memang Dila guna masa phone lama dulu sejak sebelum kahwin. Tehee.. 🙈
Tapi kalau jenis yang waktu period dia tak stable setiap bulan, haa.. korang gunalah OPK (Ovulation Predictions Kits).
Untuk suami pula, takleh syok sendiri je.
Boleh guna perlindungan seperti “sarung getah” ataupun “ehemm” je dekat luar.
Yang jenis tak boleh kontrol, better lah guna sarung getah tau.
Atau boleh je tahan sikit godaan sehingga isteri lepas waktu subur.
Konfem2 tak lekat.
Kalau tak kontrol, memang tahun depan keluarlah anak lagi satu.
Hik3 🙊
Comments