Tempat Makan Murah dan Sedap di Puchong : Nasi Campur

Dizaman ekonomi tak berapa nak bagus ni, kekadang nak makan luar pun nak kena catu.
Tapi untungnya orang Puchong ni sebab ada satu gerai ni, memang murah gila.
Sedap pun sedap lauk-lauk dia.

Memang kalau makan perut kenyang, puas hati, dan poket tak rabak.
Siap ada simpanan lagi.

Kenapa Dila cakap  murah?

Ni Dila senaraikan makanan kami ni.

1. Nasi putih 3 pinggan - Dila, husben dan anak2 (Adam separuh, Maira separuh)
2. Ayam goreng 2 ketul - saiz standard. Tak kecil. Yang ni recommended.
3. Keli goreng 2 ekor - Saiz besar. Yang ni pun recommended. Tak hanyir uolls.
4. Kentang goreng sira sambal - 1/3 pinggan
5. Sambal Kicap
6. Sup kosong
7. Teh ais x2, Milo ais x1







Haa.. korang rasa berapa kena bayar ni kalau tengok senarai dan gambar yang Dila kongsikan?

RM21.50 je uolls..

RM21.50 JE!!!



Murah gila kan.
Memang susah nak dapat harga ni zaman Pok Jib ni.

Mesti tertanya2 kat mana kan.

Dekat MEDAN SELERA MPSJ sebelah Masjid Terapung tu.

Korang cari gerai nama GERAI MAKANAN ANDAK.
Gerai hujung sekali.
Memang putih mata nak makan lauk mana uolls.


Comments

Xerxus Ring said…
kalau nak sewa kereta area puchong ke lokasi ni, ada cadanngan syarikat kereta sewa mana ke? lol

Popular Posts