:: sembang sama uncle penarik kereta::

salam semua..

post kedua untuk hari ni.

ok. kalian ingat tak post saya yang lepas tentang kereta saya mogok kemudian masuk bengkel. klik SINI untuk review post itu.

disebabkan kerta saya tersadai di parking lot dihadapan fakulti engine dan tidak boleh bergerak, makanya kereta saya terpaksalah ditarik oleh lori penarik kereta. jadi sepanjang perjalanan saya dari uitm ke bengkel, saya berbuallah dengan pakcik india selaku pemandu lori penarik kereta itu. kalau berbual dengan orang yang berusia ini, hendaklah berbual tentang isu-isu semasa. jadi topik perbualan kami berkisarkan tentang isu-isu sosial remaja yang makin mengganas sekarang ini.

jadi kami berbincanglah pasal punca kepada masalah ini, iaitu pengaruh dari luar yang datang ke Malaysia dan kini menjadi ikutan dan trend masyarakat sekarang. paling menarik adalah apabila pakcik itu mencadangkan agar JAIS mahupun JAKIM mengawal pemakaian anak-anak muda. kalau diikutkan dari segi penekanan pakcik itu, ia lebih memberatkan kepada anak-anak gadis.

" JAIS atau JAKIM sepatutnya kawal sama itu pakaian anak-anak muda. singkat sana. singkat sini. saya tengok pun tak ada selera. dia ingat cantikkah pakai singkat-singkat.tunjuk sana, tunjuk sini. tidak kira India ka, Melayu ka, Cina ka, ISLAM ka, bukan ISLAM ka. JAIS patut saman dan bagi nasihat sama mereka."

hurm.. menarik point pakcik.

isu kedua yang kami bincangkan adalah tentang penceraian yang kian rancak di Malaysia.

" lagi satu, ini kes penceraian. ramai rakyat Malaysia suka kahwin, kemudian cerai. mahu ikut itu cara barat. dia ingat seronokkah main cerai. "

"kita kalau mahu kahwin, jangan tengok pada harta saja. dia ada harta banyak tapi hati tak baik, tak guna. kalau kahwin, mesti mahu cari hati yang baik. tak kaya tak apa. "


Comments

Popular Posts