:: kamu sila jangan mogok ::

salam semua

sekarang aku berada di kedai makan di ICT di shah alam. ok. sila jangan terkejut. aku bukan pergi site pun, mahu pun membuat lawatan sambil belajar di ICT. dan penyebab utama aku berada disini adalah disebabkan... kereta aku rosak..

ni nak cerita perihal kereta aku rosak pulak.

sepatutnya hari ini, adalah hari cuti sedunia bagi aku. yup. aku ambil cuti. untuk memecut awal ke kuala selangor. tujuan utama aku nak pergi shah alam pun adalah kerana ingin menghantar report praktikal. hurm.. tapi malangnya cuti aku, aku tersangkut dekat bengkel kereta di seksyen tujuh jalan nak masuk ICT. ok. sangat tak menggembirakan.

aku faham. aku dah lama tak basuh kamu. suka memecut kamu di highway. tak nak pergi hantar kamu servis. aku faham. kamu juga tak mahu menyusahkan aku. kamu mogok dengan aku diparking kereta bukan di tengah jalan ketika aku memecut kamu dari puchong kamu mogok dengan aku selepas aku mendapat panggilan dari pejabat yang membawa perkhabaran gembira dengan kemasukan elaun. baik. aku faham. kamu mogoklah. aku masih memahami kamu.

ya. lepas ni aku berjanji dengan kamu, akan ku basuh kamu dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. akan ku membawa dikau dengan penuh berhemah. akan ku mewangikanmu dengan haruman-haruman yang wangi lagi mahal. aku akan memuaskan hati kamu. jadi sila jangan mogok selepas keluar dari bengkel ye sayang. owh. terlupa pula. akanku isi kamu dengan RON97. tapi izinkan aku mengisi kamu dengan RON95 juga dikala aku kesempitang wang ok. jadi silalah mengfungsikan semula pam minyak kamu ok. aku sangat risau dengan kadar kesihatan kamu sekarang ini. sila cepat sembuh.

Comments

Anonymous said…
plzz guna "lu & gua"!
smart kot. haha.

Popular Posts