::adakah kerana bola::



salam kalian

semalam lepas membaca review dari pakcik DARK tentang review cincai beliau terhadap toy story 3. ayat dari beliau yang menarik minat aku untuk menonton toy story adalah:

  • " Banyak sentimental value dalam cerita ni. Kalau tak, masakan gua menangis part akhir tu."

ok. sangat tak hero menangis sebab tengok toy story. jadi untuk menguji tahap ke'hero'an pakcik DARK ini, makanya, usai solat maghrib terus ke ioi mall bersama-sama angah selaku pemandu dan peneman.

owh. memang banyak sentimental value. ok. tapi aku tak menangis pun part akhir. sebak sikit je. aha. preview malas nak tulis. tapi tak rugi sangatlah tengok, owh, dan kanak-kanak sangat ganas ok (tiba-tiba teringat irfan, anak sepupu aku..tskk).

memandangkan aku membeli tiket pada pukul 9.45 malam, maka aku beranggapan tidaklah ramai kanak-kanak menonton bersama-sama aku bagi mengelakkan kebisingan tahap melampau didalam wayang. aku tak berapa suka mendengar suara tangisan kanak-kanak didalam panggung. bagi aku, itu adalah pelik kerana panggung telah bertukar menjadi "baby day care". tapi memandangkan cerita dunia permainan, tidak dapat aku mengelak kanak-kanak. haih.

sebenarnya belum masuk pun isi utama yang aku nak sampaikan. ni baru nak masuk.

lokasi : kedai mamak
masa: semalam, 8 malam

semenjak dunia fifa ni berlangsung, kedai mamak semakin bertambah maju dengan pengunjung. penuh. ya. itu maksud yang aku cuba sampaikan. kedai mamak jadi "full house". tapi itu bukan point aku.

ketika aku menonton perlawanan antara korea vs argentina dengan pandangan kosong dikedai mamak, aku mendapat satu visi untuk menulis blog. ya. satu visi yang mencetuskan idea yang menarik. tapi bukan bertemakan bola, tapi bertemakan..erm.. aku dah lupa. heh. sekarang aku masih berfikir. mengimbaskan kembali idea-idea yang telah ilhamkan semalam. patutkah aku menonton bola hari ni untuk mendapat kembali idea semalam. haih.





Comments

Popular Posts