Jenis-Jenis Perfume

Assalammualaikum semua.

Hari ni Dila nak share tentang jenis2 perfume yang ada dalam pasaran. Dulu sebelum jual perfume ni, memang knowledge zero. Sekarang jom jadi Zero to the Hero bersama2 Dila.

Selalu kalau masuk kedai minyak wangi ke or tempat2 rak jual minyak wangi kat kedai2, mesti korang konfiuskan banyak naa jenis2 perfume. Ada cologne lah, Eau de Tolette lah, Eau de Parfumlah. Belum campur lagi pening nak pilih jenama apa and pewangi apa. Hahaha.. No woories. Welcome to the club!!

Teringat masa beli perfume untuk hantaran kahwin. Memang takda target or goal pun beli jenama apa jenis apa. Janji sedap bau and murah dan yang penting casing cantik untuk buat hantaran. Ntah pape ntah.. Memang time tu serah bulat2 je dekat jurujual tu pilih mana yang sedap baunya. Husben Dila? Sama je, SPESEN.

Sebelum Dila start ngarut ke hujung dunia sebab mengarang malam2. Ayuhlah kita kembali fokus ke pangkal jalan. tehee..




Setakat daripada pembacaan dila, ada 5 jenis minyak wangi yang perlu anda tahu. Apa yang membezakan antara mereka2 ini adalah kepekatan pati minyak wangi. Kepekatan pati minyak itulah yang akan menentukan berapa lama ketahanan bau minyak wangi apabila di sembur.


Perfume (Parfum)

Parfum, juga dikenali sebagai Extrait de Parfum atau minyak wangi tulen. Untuk jenis ni, mempunyai aroma kepekatan tinggi.Secara umumnya kepekatan pati wangiannya adalah antara 20% - 30% dan ini membuatkan Parfum adalah jenis perfume yang boleh bertahan paling lama diantara jenis2 yang lain. Disebabkan itu, harga dia pun adalah sangat tinggi sehingga boleh cecah ribuan ringgit. (Bling2 mata dila bila mendengarnya. Terus boleh nyanyi lagu 'Bila Aku Kaya...')

Info yang menarik lagi pasal Parfum ni adalah ia sangat2 sesuai untuk orang yang berkulit sensitif sebab kandungan alkoholnya yang lebih rendah dari jenis wangian yang lain dan oleh itu dia tidak akan mengeringkan kulit. (WOW!!)


Eau de Parfume (EDP)

Selepas Parfum, jenis wangian yang mempunyai kepekatan pati wangian yang tinggi adalah EDP, iaitu antara 15% - 20%. Selalunya, ketahanan bau wangian untuk EDP adalah antara empat hingga 5 jam. Kandungan alkoholnya adalah lebih tinggi berbanding Parfum tetapi masih lagi sesuai untuk dipakai oleh orang yang berkulit sensitif. Ia adalah jenis wangian yang selalu dipakai untuk aktiviti harian.


Eau de Toilette (EDT)

Dila selalu nampak jenis wangian ni kat kaunter2 hypermarket. Selalu cakap kat adik2, " Ini minyak wangi untuk toilet sebab dia tulis Toilette..kih3". Hakikatnya fakta sebenar adalah jauh berbeza.. hahaha

EDT mempunyai kepekatan antara 5% - 15% dan ini menyebabkan bau wangiannya tidak tahan lama. Biasanya ia akan bertahan selama dua hingga tiga jam. Bau wangiannya adalah tidak kuat seperti EDP dan ini membuatkan ia lebih murah berbanding EDP. Eau de toilette adalah daripada istilah Perancis "faire sa toilette" yang bermaksud bersiap sedia.


Eau de Cologne (EDC)

EDC mempunyai kepekatan yang lagi rendah daripada jenis2 minyak wangi diatas. Secara umumnya, EDC mempunyai kepekatan pati wangian  2% hingga 4% dan kepekatan alkohol yang tinggi. Ia jauh lebih murah daripada jenis2 wangian yang lain dan bau wangiannya boleh bertahan sehingga dua jam.  

Kebiasaanya EDC didatangkan dalam botol besar. Pada asalnya Eau de Cologne merujuk krpada resepi tradisional yang menggunakan herb and citrus notes with little achoring with base notes.


Eau Frache

Eau Frache ni adalah lebih kurang sama dengan EDC kerana bau wangiannya hanya boleh bertahan sehingga 2 jam. Eau Frache mempunyai kepekatan pati wangian yang lebih rendah iaitu 1% hingga 3%  tetapi ia tidak mengandungi jumplah alkohol yang tinggi. Kebanyakkan kandungan Eau Frache adalah air.



So setakat ini dululah penerangan Dila tentang jenis2 minyak wangi yang ada dekat pasaran. Dah tak boleh nak taip panjang2 dah sebab Adam asik terjaga. hahaha..





Comments

Popular Posts