Bercuti di Cameron Highland
Assalamualaikum..
Dila baru balik dari Cameron Highland, almaklum usia 26 tahun baru nak jejak tanah tinggi Cameron. Hehehe
Terima kasihlah kepada inche husben sebab ambil mandatory leave and bawa isteri dia yang ngada2 ni berjalan holiday sebelum perut bini dia meletus.
Dari KL kami exit tol Tapah. Tapi jalan nak naik cameron tu, boleh buat mengucap. Menakutkan. Nasib bukan Dila yang drive. Kalau Dila drive mau tak sampai cameron, patah balik Tapah gamaknya. Hehehe
1st Day
Hari pertama sampai kat Tanah Rata, Cameron, aktiviti kami adalah berehat di rumah rehat. Keluar pun setakat keluar p makan malam je.
Pasaipa?
Kami kepenatan. Dan kami sampai pun dah lewat petang. Almaklum, gerak dari KL pun jam 12 lebih. Terhegeh2 semua nak baru nak siap2 pagi Ahad.
2nd Day
Pepagi kami keluar cari sarapan. Memang gamble je singgah kedai makan memana. Haha
Lepas breakfast, menggugel lah kami mencari destinasi seterusnya. Setelah mendapat kata putus, kita ke Ladang Strawberry.
Big Red Strawberry Farm
Dari Tanah Rata ke Brinchang. Adalah dalam 10 - 15 minit perjalanan. Masa tu belagak naa takmo pakai waze ke map ke kan. Nampak signboard ladang strawberry je truih masuk. Sekali sampai, ehh.. Awat takda orang??
Barulah kami laki bini terhegeh2 duk google tempat2 menarik kat Cameron tu. Akhirnya, sampailah kami ke Big Red Strawberry Farm yang fames amos tu..
Mula-mula sampai tu, kami konfius gak ada parking ke kat atas? Jawapannya, ada ye kawan2. Itu pun setelah kami berjalan mendaki bukit dari bangunan bawah bukit sampai ke atas ye kawan2. Gagah perkasa betul mak buyung ni mendaki. Almaklum salah faham dengan kenyataan orang dekat Cactus Farm "Dah naik, tak boleh turun". Hahaha..
Dah tau ada parking, inche husben pun turun lah balik sensorang, drive keta bawa naik atas. Sadis sungguh!!
Apa aktiviti kami kat sini?
Berjalan2 dan makan kat cafe. Waffle dia.. Umphh!! Sedap.. No plucking strawberry ye sebab bukan musim dia..haha
Then jalan balik nak turun dari Strawberry Farm tu, sangat scary okey. Rasa macam kereta nak terjunam pun ada. Haru sungguh!
Butterfly Farm
Destinasi seterusnya, kami menuju ke Butterfly Farm. Opkoslah guna waze. Nanti sesat lagi..
Sampai dekat destinasi, ada dua Taman rama2. Satu Butterfly Farm satu lagi Butterfly Garden. Sudah, nak p mana satu ni?
Akhirnya, kami decide p Butterfly Farm sebab ada bas persiaran. Might be port perlancongan lah kot. Hahaha. Layan gambar jelah k.
Aktiviti kami pada hari ke-2 berakhir di Butterfly Farm, disebabkan hujan sudah mula renyai2..
3rd Day
Kea Farm
Lepas breakfast, kami naik ke puncak Cameron Highland iaitu Kea Farm.
Dekat Kea Farm, ni kira macam pasar tani lah. Macam2 hasil tanaman ada jual kat sini. Macam Strawberry, Jagung Manis, Ubi Manis.
Kalau nak borong strawberry, kat sinilah tempatnya. Masa pergi ladang2 Strawberry tu, silalah tahan napsu kejap ye. Jangan jadi macam kami. RM10 dekat ladang dapat 2 pek kecik strawberry, tapi dengan RM10 dekat Kea Farm, anda boleh dapat 5 pek kecik strawberry ohkey.
Sentap mak bila tau. Tapi borong gak 5 pek dekat Kea Farm.
Kalau singgah sini, jangan lupa test makan KimCham goreng. Senang je nak jumpa gerai dia. Dekat simpang depan Kea Farm je. Soodap bak hang!!
Lavendar Village
Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Lavendar Village. Datang Cameron kalau tak p sini memang sangat rugi. Sangat cantik ohkay!
Husben Dila yang bukan mat bunga pun kata best kat sini. Mak buyung ni lagilah teruja. Kalau kahwin ambil gambar kat sini pun konfem marveles.
Tiket masuk ke Lavendar Village ni untuk Dewasa RM6, kanak2 pula RM3. Untuk Adam, percuma. Hahaha. Jom layan gambar. Biar gambar yang berbicara.

Ladang Teh Boh, Sungei Palas
Nak p ladang teh Boh pun agak adventure. Hahaha.. Macam biasa, guna google map untuk tiba ke destinasi. Sampai je kat simpang nak masuk ke ladang teh, kami dah was2 dah. Sebab apa? Sebab jalan masuk dia berlecak2 dan macam jalan construction. Sangat2 tak melambangkan jalan masuk ke kawasan perlancongan. Hahaha
Dah lepas jalan yang berlecak2 dan berlubang2, kena hadap jalan kecil di lereng2 bukit. Jalan ni memang muat2 satu kereta je untuk lalu. Jalan nilah jalan untuk pergi dan jalan nilah juga untuk balik dari main point ladang teh. So agak2 dari jauh nampak kereta dari arah bertentangan, sila2lah mengalah untuk beri laluan. Atau kalau korang diberi laluan untuk jalan, silalah angkat tangan sebagai tanda terima kasih. Tak berkudis pun angkat tangan kan..
Dalam 200 meter sebelum sampai ke main point, korang akan jumpa tempat parking kereta. Untuk anda2 yang ingin menikmati angin dilereng2 ladang teh, bolehlah park kereta kat situ dan berjalan menuju ke main point.
Untuk yang malas macam mak buyung ni, bolehlah drive terus ke main point. Ada je parking kat atas tu, tapi tersangatlah limited. So ikut nasib. Tapi, kalau p time cuti sekolah, toksahlah bermimpi nak dapat perking kat atas tu ye. Dila warning awal2 ni.. Hehehe
Kat main point tu, ada cafe n view dia tersangatlah cantik. Gambar view banyak kat iphone tapi iphone takda data. So tak dapat nak share. Dila share yang ada dalam phone Dila je je ye.

Berakhirlah aktiviti kami di Cameron. Esoknya, kami balik Taiping pulak.
Comments