Adam's Menu: Puree Keledek Manih
Salam semua,
Kali ni Dila nak share puree keledek manih. Yang ni walid Adam yang buat, Dila tolong tengok je. hehe
Keledek Manih (Untuk 3 kali hidangan)
Cara memasak
So selamat mencuba. Ada sebarang pertanyaan, jangan malu bertanya.
Kali ni Dila nak share puree keledek manih. Yang ni walid Adam yang buat, Dila tolong tengok je. hehe
Keledek Manih (Untuk 3 kali hidangan)
- 2 biji keledek jepun manis
- 1 tongkol jagung
- 2 atau 3 biji aprikot kering.
- 2oz susu badan/susu full cream/susu segar/susu tepung (mana2 susu yang anak anda biasa minum. kami guna susu full cream saja)
Cara memasak
- Kupas keledek, bersihkan dan potong kepada dadu2 kecil.
- Bersihkan jagung dan sagat macam nak buat bubur jagung tu. yum3
- Bersihkan aprikot kering dan potong kecil2.
- Masukkan semua kedalam pengukus. Kukus hingga semuanya lembut. Kami kukus guna periuk nasi. Sebelum ni tergoda nak beli steamer bagai. Nasib tak terikut hasutan napsu..hik3
- Biarkan sejuk sedikit sebelum blend. Adam punya blender tak boleh blend panas2. nanti dia tak mo gerak.
- Masukkan semua bahan2 berserta susu. Kemudian blend.
- Setelah diblend, kena tapis pulak. Sebab jagung ni kan ada kulit yang lutsinar kat isinya. Takmolah baby tercekik ke hape. So kita tapis dulu k.
- Siap.. and opkos mak dia tester dulu. rasa manis jagung. yum3 (ke patut tukar Puree Jagung Manih..kekeke) :)
So selamat mencuba. Ada sebarang pertanyaan, jangan malu bertanya.
Comments