Adam's Menu: Pumpkin Soup
Salam mummy and daddy yang awesome!!
Hari ni Dila nak share menu baru Adam iaitu Pumpkin Soup.
Pumpkin Soup ( Untuk 6 kali hidangan)
Cara memasak
Selamat mencuba!! Ni bukan setakat anak makan, mak bapak pun boleh makan. Nyum3
Hari ni Dila nak share menu baru Adam iaitu Pumpkin Soup.
Pumpkin Soup ( Untuk 6 kali hidangan)
- 1/2 biji labu manis (nak guna butternut squash pun boleh)
- 1 batang lobak
- 1 biji kentang
- 1 biji bawang besar
- 1/2 cawan stok ayam (ni homemade stok ayam. Since Dila punya stock ayam cair, dila guna setengah cawan. Next entry nanti Dila share resepi untuk stok ayam.)
- 1 cawan susu full milk dutch lady or susu yang bayi anda minum pun boleh..(anggaran sebab dila main tuang sampai nmpak macam gambar kat atas.)
- 1 sudu kecil sebuk kayu manis
- secubit serbuk lada hitam (ni dila guna lada hitam yang kisar guna botol. So main pusing2 je)
- 2 sudu makan Olive oil
Cara memasak
- Kupas semua bahan2 (labu, lobak, kentang dan bawang) dan potong dadu kecil supaya bila masak ia akan cepat empuk.
- Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang sehingga layu. Masukkan labu, lobak dan kentang dan goreng sekejap.
- Masukkan stok ayam dan susu. Kacau dan masak sehingga semua bahan2 empuk. Guna api kecil.
- Sementara menunggu bahan2 empuk, masukkan serbuk kayu manis dan serbuk lada hitam.
- Setelah semua bahan2 empuk, padamkan api dan biarkan sejuk sebelum di blend.
Selamat mencuba!! Ni bukan setakat anak makan, mak bapak pun boleh makan. Nyum3
Comments