Kenangan main kawen-kawen Part 1

Salam semua.

Rajin bebenar mak buyung ni hupdate blog. wakakaka.. Dah lama nak wat review untuk majlis kawen 6 bulan yang lepas hari tu. Tapi kemalasan. Ni baru ada kerajinan sebab kebosanan dekat opis. Tiba2 terbayang rumah. Owh indahnya dapat baring2 sambil nonton tv. T-T


Saja nak menunjuk bunga tangan cantik. Gigih bakal pengantin time tu duk memintal dawai2 dengan manik nak buat bunga tangan. Nampak lawa je kan sebab manik dia lebat. Tapi berat mak oii.. Anak saudara Dila yang suka menyibuk nak pegang pun tak larat nak pegang. Bak orang kata, 'Beauty is Pain'. hik3

Iklan metar: Siapa nak order boleh PM Dila kat Facebook eh. hik3.. kita buat sebut harga. ecece..






Ni masa acara batalkan air sembahyang. Btw, Dila tak amik pun air sembahyang sebab tengah bendera merah. kiranya batalkan air sembahyang inche suami jelah. hik3. Dulu pernah gak masa kecik2 dila terfikir, kalau waktu bendera merah, macam mana nak kawen. Nanti tak sah sebab takda air sembahyang, tak boleh buat batal air sembahyang. Gila naif betul time tu. Padahal batal air sembahyang ni adat je. Bukan wajib pun.



Masa nikah,  husben dila bagi gelang tangan ngan cincin emas putih. Setakat ni, dua benda ni jelah Dila asik pakai. Gelang tu rasanya tak pernah tanggal kot.hehe.Untuk husben dila, dila bagi jam tangan ngan cincin palladium sebab suasa lelaki tak boleh pakai kan. Cincin tu mak Dila yang pilih. Almaklum kalau Dila pilih memang putih mata sebab tak reti bab nak memilih ni. 


Ni gambar kedua2 belah family lepas majlis akad nikah. Asalnya patut kami nikah kat rumah je. Tapi disebabkan ada masalah sikit dekat pejabat agama masa nak dapatkan kebenaran kahwin, kami terpaksa nikah kat masjid. Nikah kat mana2 pun sama je kan. Janji nikah. ahahaha..




Yang kat atas tu hantaran dari dila ke inche husben. Mak dila yang gubah hantaran tu. Dila tolong potong2 bunga je and main cucuk2 bunga kecil. hehe.. Yang bawah tu, hantaran dari husben dila ke dila. Yang ni, kak long yang tolong gubah hantaran ni. :)



Ni gambar gedik2. Actually banyak je gambar2 masa nikah, tapi banyak yang tak menjadi dari yang menjadi sebab kami ni jenis malu2 kucing depan kamera. kayu betul. =_=''

Btw, baju nikah ni Dila tempah dekat D'Love Bridal (Klik SINI untuk page FB mereka). Kain baju nikah ni dari hantaran masa tunang dulu. MUA, makcik Dila yang makeupkan. Maybe, orang2 yang duk JB boleh dapat perkhidmatan beliau jika berminat. (Klik SINI untuk page FB makcik Dila)

Nanti dila sambung lagi dekat part 2 pulak.

Comments

Popular Posts