28 weeks checkup

Salam semua..

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ke-28. Sekejap je masa berlalu. Kalau nak dikenang balik, banyak je pancaroba (siap google perkataan 'pancaroba' sebab konpius jarak ke idak) sepanjang kehamilan ni. Tapi nak wat cam ner. redha.. hik3

Sepanjang checkup semalam, Alhamdulillah anak mama ni behave je ikut graf perkembangan tumbesaran dia cuma ada sekali jelah dia terlebih besar. takdalah besar sangat. cuma terbesar 1 week je. =_=''.

So checkup untuk minggu ke-28 ni, dila kena buat ujian Glucose Tolerance Test (GTT) ngan ATT- Injection (Tetanus Vacine). Makanya, pada hari Jumaat yang penuh barakah, dila pun kena puasa. Last makan adalah pada malam khamis. Sebab perut ni memang cepat sangat berbunyi kelaparan, malam tu memang tibai makan banyaklah. hik3. Padahal tak sampai sehari je puasa. badan manja sangat ni. :P 

So jam 8.30 pagi dah terpacak berdiri kami suami isteri depan klinik panel. Semangat tak hingat. Kami adalah yang terawal yang sampai. Btw, inche husben pun turut berpuasa bersama2 sebab teman bini dia yang manja ni puasa. keh3. Pada hari yang sama, kami ada buat appointment sekali untuk scan 3d/4d. Tapi pembantu kat situ terlupa nak inform dengan doc. Sabar jelah. So kena reschedule sekali lagi sebab pagi patient dia memang ramai. Almaklum, doc2 kat klinik ni memang peramah, cuma bila turn doc lokam je memang hampeh. Dila anti betul dengan doc lokam tu. Nanti dila citer,ke Dila dah citer? Sat p godek2 entry lama sat.. haih.. =_=''

Maka, tibalah giliran kami untuk berjumpa dengan Dr.Hana. Dr.Hana ni memang peramah orangnya and dia punya consultation memang terbaik. Dr.Hane pun sama gak. Boleh kata dua2 adik beradik ni memang doc terbaik yang pernah dila jumpa. Tak lupa juga kepada pakar O&G, Dr.Asmah kat Pusrawi tu. Even Dr.Asmah nampak cam garang2, tapi dia punya consultation memang terbaik.

Balik semula cite dalam bilik consultation. Doc check tekanan darah ngan timbang berat macam biasa. Benda yang paling mendebarkan pada masa tu adalah masa timbang berat. Takut terlebih naik. Bak kata inche husben, Dila dah masuk kategori BTM (Berat Terlebih Muatan). Sabar jelah. Last checkup, berat Dila adalah 50kg. Nasib checkup kali ni naik 2.5kg je. hik3. Risau sebab last 2 checkup, badan naik lebih 3kg setiap bulan. Awal2 pregnant dulu, risau takut tak naik2, la ni takut terlebih2 naik pulak.

So tiba masa untuk check tahap paras gula dalam darah sebelum minum air gula. Alhamdulillah normal even seminggu tu jarang sikit minum air masak. duk mentekedarah air milo je. Then minum air gula, balik rumah rehat2, 2 jam lepas tu datang balik klinik. So jam 10.45pagi kami dah terpacak sekali lagi depan klinik. Almaklum rumah dekat je ngan klinik. memang cepat sangat lah sampainya. Jam 11pagi giliran kami sekali lagi dipanggil masuk. Masa nak check darah selapas 2 jam consume air gula, tiba2 glucometer (yang cek kandungan gula dalam darah) tu low bateri lah pulak. Dila ni dalah asik2 tanjat2 je jantung ni bila kena cucuk sampai doc pun kesian sebab nampak tangan Dila sampai berpeluh2. padahal cucuk kat jari je. ahahaha..

Then doc suruh pembantu dia p cari bateri baru. Dr siap minta maaf lagi sebab terpaksa cucuk kali ke dua untuk checkup darah. (Hakikatnya 3 kali campur cucuk jari sebelum minum air gula.) Disebabkan kejadian tu, doc bagi free untuk scan 3d/4d baby. Hoyeeh.. Jimat RM130 kami. bahahaha.. :D

Sementara menunggu glucometer tu diganti bateri, kami p buat scan dulu. Prosedur biasa bila buat checkup.
Macam biasa, anak mama ni memang bahave je. check2 tumbesaran dia memang cantik je. then doc siap puji lagi baby hidung tinggi. Siap doc tanya ikut siapa? ahaha.. Masa tu dila dah konpius. Mak pak dia hidung penyet je, awat dia boleh hidung tinggi pulak. hik3. takpe2 kita tengok nanti tinggi ke idak hidung dia. bahahaha.. Then doc try sekali wat 3d. malangnya anak mama ni malu2 kucing nak tunjuk muka dia. nampak sipi je. tunjuk pipi dia yang bam3. tangan duk letak kat atas dahi je memanjang. macam pikir masalah negara pulak. ahahah. Then bila view bahagian bawah, cantik je dia tunjuk. Siap doc buat simpan untuk koleksi. Bertuah betul budak ni. (=_='') Since wat 3d ni tak berjaya sebab anak mama tak mau bagi kerjasama, makanya kami set date minggu depan pulak. hehe..

Alhamdulillah glucometer dah berfungsi seperti biasa. Malangnya, lepas cucuk darah takmo kluar pulak dari jari. cikit je. Doc pun suruh dila tekan sendiri kluarkan darah banyak sikit. hehehe.. Ni dila tepek sikit resultnya.

Fasting: 4.2 mmol
2HPP: 3.6 mmol

Doc cakap, yang paras gula rendah sikit. Maybe sebab lebih 2 jam kot due ada problem ngan glucometer tadi. Then doc suruh pembantu dia bagi air glucose sebab takut dila pengsan. ahahaha. Btw, dila ni memang cepat sikit menggigil kalau kurang gula dalam darah and kena simpan benda manis dalam beg macam coklat or gula2. Kalau tak, memang boleh terbang sekejap. Masa puasa bulan ramadhan tu pun, hujung2 dah tak tahan. Banyak tuang lah jugak. hehehe.  Btw, untuk lebih info untuk paras gula dalam darah ni, boleh cek blog Dr.Zubaidi (klik SINI). Banyak info2 yang berguna boleh anda dapat.

Dila dah cek pasal kisah doc lokam tu. Dila belum citer lagi. Next time dila citer sebab rasa dah panjang sangat mengarang ni. :)



Comments

Popular Posts