Premium Beautiful by Fadilah
Salam semua.
Alhamdulillah, aku baru saja menceburkan diri dalam bidang yang aku tak terpikir akan ceburi dalam waktu terdekat. Bidang apa tu bukanlah menjadi satu persoalan kalau kalian rujuk kembali kepada tajuk blog kali ini.
Premium Beautiful oleh Hai-O Marketing. Pada mulanya tiadalah perancangan aku dalam tahun 2012 ni atau tahun-tahun hadapannya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ada tu memang lah ada tapi bukanlah menjual korset no.1 ni. Aku baru saja mengenali korset ini pada bulan 11 yang lepas dimana aku terbaca di blog Fatin Liyana dan Sepet. Aku mula tertarik apabila ada diantara testimoni yang mengatakan korset ini dapat membantu membetulkan postur badan jesteru mengurangkan sakit belakang.
Ya, aku kerap mengalami sakit belakang sejak bermulanya kehidupan aku sebagai seorang yang bekerjaya. Waktu kerjaku, aku hanya duduk di kerusi dan menghadap PC. Ya, inilah lumrah hidup seorang pekerja IT kebanyakkannya. Ditambah pula postur badan ku sedikit bongkok. tidak terlalu ketara tetapi ada. Mungkin disebabkan tulang belakang ku yang sedikit bengkok. Mungkin.
Alhamdulillah setelah hampir sebulan memakainya dan mengalami hasilnya, aku menerima cadangan Farah untuk menceburi bisnes ini. Farah ialah seorang sahabat yang baru sahaja aku kenali malalui urus niaga PB (Premiun Beautiful) ini. Semestinya sebelum menjual sesuatu produk, aku perlu yakin keberkesanannya terlebih dahulu. Bak kata tunang aku, menjadi tikus makmal. Maka pada 12.12.12 bermulalah perjalananku sebagai seorang usahawan. :)
Anda dialu-alukan untuk LIKE Page Premium Beautiful by Fadilah
P/S: Awat macam skema je ayat atas ni.. =_=''
Comments