Motivasi
Salam semua..
Since Dila baru saja pakai PB for almost 1++ month, Dila dapat rasa perubahan diri Dila. Truly said I will do some research before I buy something. Even Dila join biz ni pun lepas Dila rasa keberkesanan yang Dila harapkan pada PB. Bukanlah Dila bertuhankan PB. PB sebagai alternatif, Allah juga yang menentukan segalanya.
Seperti Dila nyatakan tujuan utama Dila dalam pemakaian PB ini adalah kerana kekerapan sakit belakang akibat kesilapan postur ketika duduk. Bukan semua orang boleh duduk dalam postur yang betul bukan. Jadi Dila menggunakan PB sebagai alternatif untuk menyokong atau membantu Dila untuk medapat postur yang betul. Yup, Dila memang bongkok sedikit. Tidak ketara tapi boleh nampak. Paling ketara ketika duduk. Duduk dalam tempoh masa yang lama penatkan. Konfem kadang2 kita akan membongkokkan badan kita untuk menghilangkan lenguh2.
Ada suatu ketika Dila memang sakit sangat otot2 belakang badan selama dua hari. Sampai nak menoleh pun tak boleh. Then buat medical checkup Doc bagi ubat untuk relief muscle pain. Janganlah ditanyakan bahasa saintifik ubat ni. Tidaklah Dila ketahuan. Selepas kejadian tu, Dila baru start google menggoogle and berjumpalah PB. Dila ni bukan seseorang yang senang percaya pada produk2 kecantikan apatah lagi yang melibatkan riban. After beberapa hari google dan menggogle membaca testimoni PB, Dila pun tawakal untuk membeli PB.
So masa Dila berurusan jual beli dengan Farah, Farah adalah promote untuk buat biz ni sekali. Seperti kelaziman Dila akan menolaknya sebab Dila ni masih kurang percaya keberkesanan PB ni. Then selepas urusan jual beli selesai, Dila mulalah pakai PB. Pada mulanya Dila mempunyai masalah untuk memakai Long Bra. Dila rasa macam ketat sangat masa nak pakai. Bila dah pakai dengan betul rasa selesa sikit. Since PB adalah korset pertama Dila pakai so agak struggle jugaklah nk pakai mula2. Tapi demi sayangnya tulang belakang Dila tabahlah juga. So sekarang, Alhamdulillah dah pakar sikit. :)
USAHA, DOA, TAWAKAL. Dila dah berusaha untuk mencari alternatif, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan diri, bertawakal kepada Allah diatas usaha yang dilakukan kerana semua yang berlaku datangnya dari Allah juga. Alhamdulillah, sakit belakang dah berkurangan. So matlamat tercapai. Alhamdulillah,
Then Dila join biz ni untuk berkongsi kebaikan PB. Yes. Bila Dila yakin dengan sesuatu produk Dila akan share pada semua orang. Bagi Dila, pengorbanan untuk melaburkan duit untuk membeli PB pada awal2 dulu , Alhamdulillah tak sia2. Bukan setakat kurangnya sakit belakang malah mendapat beberapa kebaikan dari hasil pemakaian PB ni. Lagi2 bila nak kahwin ni kan. Semestinya Dila nak beri yang terbaik untuk bakal suami Dila.
Setelah tak sampai sebulan berkecimpung dalam biz ni, Dila mula start down sikit apabila kerap membaca bacaan-bacaan negative terhadap PB. Bab2 negative ni memang mudah serap dalam fikiran kita. Lagi2 bila cakap PB ni produk menipu. haih.. extra jatuh ketanah dah tahap motivasi diri. Dalam diri tanya, betul ke? Apasal aku pakai okey je. Bila difikirkan kembali baru hati Dila terdetik. Tujuan pemakain adalah berlainan.
Macam Dila, Dila pakai PB sebab nak jaga tulang belakang. Terbukti alternatif ni dapat digunakan. Tapi tujuan pengguna2 yang memberi pandangan negative ini adalah untuk kurus. Disebabkan Dila tak pernah pun rasa nak kurus sebab dah terlebih kurus, jadi Dila tak dapatlah nak komen apa2 pasal ni. Bagi pendapat Dila, PB ni bukan MEMBUATKAN seseorang tu kurus tapi MEMBANTU seseorang itu kurus. Aspek pemakanan dan senaman harus jaga. Dila tak rasa kalau hanya pakai PB tetapi anda tidak mengawal aspek pemakanan dan senaman anda akan turun berat badan. Senaman tidak kurang juga pentingnya. Actually senaman dapat membina otot agar kuat. Tidaklah sampai peringkat membina badan, tetapi cukuplah memadai membuat Senaman Keseimbangan dan Senaman Ketahanan (sumber) (rujukan). Yes PB ada FIR yang mempunya banyak kelebihan. Banyak blog yang dah nyatakan kelebihan2 FIR ni, blog Dila je belum lagi sebab Dila belum habis mengkaji. Tak boleh nk komen lebih2 kan. Cuma kalau ikut logik dan kefahaman semasa belajar dulu, pemakanan punca datangnya penyakit. So nak tak nak pemakanan harus dijaga. Betulkan. Maka sesamalah kita mengikut amalan diet Rasulullah. lebih berkesan kan. Tak lupa juga PB sebagai pembantu untuk menghadkan jumlah pemakanan yang kita ambil. Tak salah kan. Untuk cara diet mengikut sunnah Rasulullah boleh refer pada link ni. http://myibrah.com/diet-mengikut-sunnah-rasulullah-s-a-w
Owh tidak lupa juga kepada blog http://www.aisyahsamsudin.com sebab memberi inspirasi untuk Dila tulis post kali ini dan cuba untuk membina semangat yang baru. And Dila masih lagi teringat kata2 semangat yang Dila dapat masa first time join kelas GLAM. "Untuk berjaya kita kena pandang orang yang BERJAYA sebagai contoh dan bukanlah pandang pada yang GAGAL". Ada maksud tersirat dan tersurat disitu. bergantung pada diri kita nak tafsir bagaimana. Ayat kata2 semnagt tu lebih kurang lah tapi maksud tetap sama sebab Dila kepala weng sikit time kelas tu. First time masuk kelas dalam kepala asik duk terpikir 'apa benda ni..' bebanyak kali. ehehehe..
Comments