macarooneeze :)
salam semua :)
saja-saja singgah page 'Lildaisy Cuppycakes' . melihat-lihat gambar macaroons disana. comel sungguh. tergoda.
mungkin akan jadi projek tahun ini selepas habis belajar. yup. selepas habis belajar.
disebabkan kecomelan macaroons ni membuatkan rasa ingin memakannya. tapi dimana diarea shah alam ada jual macaroons.fresh. siapa tahu sila beritahu saya. kalau boleh bagi peta sekali pun tak apa. maklumlah saya rabun jalan. kalau tiada peta terpaksalah saya tanya anak jati shah alam dan bersedia dengan perlian tajam dari dia. tapi lagi bestkan kalau ada sesiapa yang sudi belanja. mengidam. :)
jika kesedapannya secomel kecomelannya. mungkin akan dipertimbangkan untuk membuatnya sendiri.dan secara langsung telinga akan bersedia ditadahi dengan leteran ayah. "kak lah.. boleh makan ke benda ni.". sigh.boleh. dan mungkin boleh dijadikan perniagaan. angan.
Comments
*drooling