12 wajah di padang mahsyar

salam semua..

salam maulidur rasul. :)
Alhamdulillah.. hari ini ada mengikuti pengisian rohani untuk mengecaskan lagi beteri rohani yang kian malap.hehe. owh sebelum terlupa.. kepada sahabat-sahabat yang berhampiran dengan surau tertai 1, jom ramai-ramai solat jemaah bersama-sama. ada juga pengisian diantara waktu maghrib dan isyak. jangan lupa bawa alquran sekali. :)



baiklah. post untuk kali ini tentang '12 wajah di Padang Mahsyar' dari Ustaz Ruslan Mohamed. sumber dari majalah Anis keluaran Februari. sila dapatkannya dipasaran. :)

Hadis riwayat daripada Aisyah r.a menjelaskan "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Umat manusia ini pada hari kiamat dikumpulkan pada suatu padang gondol (tidak berpohon, tidak berumput dan tidak berair), padang pasir putih seperti roti. Di sini mereka dikumpulkan dalam keadaan telanjang bulat. Masing-masing saling melihat aurat mereka. Dalam riwayat lain, dikatakan masing-masing itu saling melihat"." (Riwayat Bukhari)

Akhirat adalah hari pembalasan. Allah SWT akan memperlihatkan keadilanNya dan keagunganNYa. hari akhirat juga, hari akan menentukan dan menjatuhkan segala hukuman Allah ke atas hambaNya. Semoga kita akan mendapat syafaat Nabi Muhammad diakhirat kelak.amin.

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah SAW dan bertanya :"Ya Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris."."(an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, Nabi Muhammad SAW menangis hingga basah pakaiannya. Lalu baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing membawa amalan mereka sendiri"

Maka dinyatakan oleh Rasulullah 12 barisan berkenaan iaitu:

1. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah SWT: "Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jiran, maka ini balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

2. Diiringi dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allahyang berfirman: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembalinya adalah neraka..."

3. Mereka datang dalam bentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Allah SWT menjelaskan: "Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

4. Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar daripada mulut mereka. Allah SWT menegaskan: "Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah neraka..."

5. Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Allah SWT menegaskan: "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan dahaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

6. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus daripada badan. Allah SWT berfirman: "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

7. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Allah SWT menegaskan : "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

8. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Allah SWT berfirman: "Mereka adalah orang yang berzina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

9. Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api yang bernyala. Allah SWT menyatakan: "Mereka ini adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

10. Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. Allah SWT berfirman: "Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

11. Diiringi dari kubur dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut, dan keluar berbagai-bagai kotoran. Allah SWT menegaskan: "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

12. Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara di sisi Allah Yang Maha Pengasih menegaskan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak melakukan kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sempat bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih..."

Comments

Popular Posts