::kesempatan dalam kemalasan::

salam semua

gua semenjak dua menjak ni gua dah malas nak update blog. dalam post lepas, gua ada cakap gua nak review tempat kerja gua, tapi gua rasa gua malas. gua takda mood nak review sama lu orang. bila fikir pejabat je, gua boleh jadi bengang sebab masalah kerja gua tak siap-siap lagi. ni gua masih kat office dengan mata gua yang tak seberapa nak sihat. gua dah tak boleh fikir dan gua rasa gua nak tidur je bagi mata gua reda sikit bengkak. nak tidur gua rasa bersalah, itu sebab gua boleh menaip hari ini. nasib baik hari ni ada kapten belanja gua makan. gua jadi rileks sikit sebab gua dah jimat duit untuk 2 hari. semalam ada makan-makan sikit sambut hari jadi rakan sepejabat gua.
gua rasa gua dah tahu hala tuju gua lepas gua habis belajar. gua dah rancang, gua doa semoga perancangan gua berjaya. tapi gua masih belum fikir lagi rancangan gua untuk projek akhir tahun gua. siapa mahu bantu gua, bagi sedikit lu punya buah fikiran. gua sangat-sangat buntu bersama ubuntu sekarang ini.

Comments

Popular Posts