::hari kedua gua::

salam semua

mengikut pengetahuan beberapa golongan teman2 gua, gua telah menjalankan tanggungjawab gua sebagai seorang budak praktikal semalam. mengikut perancangan gua, gua nak update blog gua semalam. biasalah budak first time masuk kerja office. tapi gua penat, gua tidur awal semalam.

hari first gua ingat konfem rilek2. gua rasa lu pun fikir gitu gak. gua masuk pun kompeni kecik je.so gua rilek2 dulu. almaklum gua baru habis paper ahad, hari isnin terus masuk kerja. gila hebat. tapi nasib gua, hari first gua tak serilek teman2 gua yang lain.

pertama kali gua sampai, ketar gak lutut gua. lu bayangkan gua time drive pun rasa macam tekan tak tekan je brek kereta. tekan minyak lu tak yah pikir. konfem main nak pecut jer. dah lah jalan jam. gua first time drive dekat jalan jam. gua pasrah. nasib baik ada pakcik hensem kontrol jalan.

gua orang first sampai office. walaupun dalam kebarangkalian gua akan sesat adalah 40 peratus. alhamdullillah, nampaknya hipotesis gua tak boleh pakai. 100 peratus gua tak sesat. aha. gua bangga kejap. terima kasih kepada pakcik google kerana meminjamkan peta beliau. gua mana mampu nak guna gps.

pasal cerita dalam office gua cerita kemudian. tiba-tiba gua mengantuk. gua mahu mandi dan terus tidur. selamat malam semua.

Comments

Popular Posts