setelah didraf selama lebih kurang seminggu

dipetang yg aman,indah,sunyi serta bebas dari ancaman penjajah, aku bersama angah membaca atau mungkin bertanding menunjukan kepandaian tahap pembacaan kami. kami tidak hiraukan hidupan-hidupan disekeliling kami kerana didunia kami adalah aku, angah dan surat khabar.

setelah kebohsanan menunjukkan kepandaian kami, kami mula menyedarkan diri akan kewujudan disekeliling kami. melihat ayam-ayam, pokok-pokok dan juga saudara mara kami yang kehulur kehilir tanpa kami ketahui tujuan mereka. aku memerhatikan atuk sedang membakar lalang-lalang yang kian tinggi menandingi ketinggianku di kebun belimbing dihadapan rumah kami. tidakkah atuk tahu bahawa atuk telah mencemarkan alam sekitar yang indah ini. tidak kah atuk tahu yang alam sekitar adalah warisan untuk anak-anak masa hadapan. tapi siapakah aku ingin bersuara dikala umurku masih mentah. masih belum mengenal dunia sepenuhnya. masih belum tahu erti hidup sepenuhnya. mungkin ketika itu otakku belum menjanakan pemikiran seperti pencemaran, jerebu, gas karbon monoksida mahupun dioksida yang mungkin terbebas dikala pembakaran terbuka itu dimana dikala itu aku masih lagi kanak-kanak berusia 5 tahun yang hanya tahu membaca dan masih hidup didunia khayalannya sendiri.

aku dan angah berdiri diatas kerusi di pangkin rumah. dikala mulut aku dan angah mengomel berbincangkan hal dunia kami sambil mata memerhatikan atuk keseorangan memadam api yang kian marak, tiba-tiba atuk jatuh.aku dan angah kepelikan. didalam kotak fikiranku hanyalah dipenuhi persoalan mengapa atuk tidur disitu?bukankah lebih selesa tidur didalam rumah. diatas katil yang empuk. diangini oleh kipas yang usang. aku mendengar jeritan angah. rupanya aku tewas ditangan angah kerana angah lebih cekap meangadaptasi keadaan daripada aku dengan menjerit menyatakan atuk pengsan kepada saudara maraku didalam rumah. keadaan kucar kacir seketika. aku semakin keliru. ape yang berlaku? aku tak mengerti? aku melihat atuk. atuk tidak memandangku malah mata atuk pejam seolah berada didalam mimpi yang indah. atuk diangkat kedalam rumah oleh pakcik-pakcikku, jiran aku dan..aku kurang pasti wajah2 mereka.. kemudian atuk dibaringkan diatas tilam diruang tamu. aku masih teringat ambulance datang. doktor memeriksa atuk. sesudah itu aku hanya teingat bacaan yassin berkumandang ditelinga aku. ramai yang menitiskan titisan-titisan manik mutiara. aku memandang angah. angah memandang aku. angah tersedu-sedu. aku keliru. perlukah aku tersedu-sedu juga. perlu mungkin. maka aku mulakan operasi lakonan ku. aku berpura tersedu-sedu sambil menjeling orang disekelilingku melalui lubang-lubang dicelah-celah jari jemari comelku. mungkin aku boleh meranggul anugerah pelakon kenak-kanak terbaik ketika itu...

Comments

syazwan akid said…
anda telah di tagged

Popular Posts