Memori #1 : NENEK

Dua minggu yang lepas, adalah minggu hari-hari Dila masak kobis. 
Gara-gara beli kobis dekat Mydin 1kg = RM1.xx sahaja. 
Nak minta potong separuh macam tak sampai hati. 
Jadi Dila ambil yang paling kecil diantara kobis yang besar-besar disitu.

Lauk paling senang dengan kobis ni mestilah kobis tumis dengan ikan bilis.
Bila time nak masak tu, mesti teringat arwah nenek.
Sebab teringat memori waktu nenek teman Dila masa berpantang Maira.
Nenek masak sayur nilah time kami makan tengah hari.

Kekadang time nak masak asam pedas pun boleh teringat arwah nenek.
Sebab pertama kali tengok orang masak asam pedas live depan mata Dila,  nenek lah.

Teringat nenek berseloroh mungkin tak sempat nak berpuasa Ramadhan tahun tu.
Rupanya nenek bukan berseloroh.
Beberapa hari ke minggu sebelum puasa, nenek hembuskan nafas terakhir.

Yang paling ingat nenek selalu cakap;
“Nenek harap, bile nenek dah nak mati besok, nenek tak nak sakit lama-lama sampai susahkan orang lain nak jaga nenek.”

Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan nenek.

Alfatihah untuk Allahyarham TUMIRAH BINTI ALI.

Comments

Popular Posts