Pengalaman Bersalin Anak Ketiga: Callia Nour Humeera


Sebelum Dila lupa moment penting ni, meh le kita abadikan kenangan didalam blog ni. At least takdalah berabuk sangat kan. Hahahaha

Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan kelahiran anak ketiga kami iaitu pada 11.10.2018 tepat jam 11.44 malam.

Detik yang ditunggu2 sejak week 37 lagi.
Ingatkan bila masuk anak ketiga ni, cepatlah sikit keluarnya.

Tidak ye puan Fadilah oii.. usah bermimpi.. kah3

Actually week 37 tu, Dila dah rasa contraction yang agak kuat. Berdebar jugalah ingatkan dah tiba masa nak bersalin. Contraction yang kerap dari jam 5.30 pagi sampailah dekat jam 9.00 pagi.

Rupa-rupanya, baby saja je nak main cak2 dengan mama dia. Hahahaha

Sejak dari tu, dalam 2 ke 3 hari, mesti akan ada braxton hick. Selalunya time lepas atau semasa maghrib. Yang ni tak kerap, dalam sejam lepas tu, takda dah.

Then masuk je 11hb tu, lepas solat subuh rasa macam tak sedap hati.

Rasa macam contraction tapi takut sebab nak memerut je. Almaklum baru lepas kejadian gangguan bekalan air dan air karat masuk pulak dalam tangki. 😫

Tapi pagi tu contraction rasa tak kuat lagi, tapi kerap dalam selang 20-15 minit. So kita rileks dulu dan minta husben standby kat rumah sat.

Incase jam 10 pagi contraction dah tak ada, bolehlah lepaskan husben. Almaklum cuti husben dah takda.



Tetiba husben cadang p klinik Perdana tempat kami selalu buat pregnancy checkup. Boleh dia dapat cuti ihsan.

Then sampai sana doc Hana cadang untuk cek laluan. Alamak. Rasa ready tak ready pulak. Its time already? Berdebar2 pulak..

Yelah contraction je rasa kerap. Tapi tak ada any bloody show macam pregnancy sebelum ni. Takut false contraction je lagi..

So masa cek, doc Hana cakap dah 2-3 cm.
Alamak.. macam tak ready pulak.

Doc Hana pun bagi lah MC 2 hari, so husben dapatlah cuti ihsan 2 hari. Dengan pesanan get ready sebab bila2 masa je boleh bersalin since ni anak yang ketiga. Jangan duk ralit relax sangat walaupun hospital Andorra belakang rumah je..

Lepas keluar dari klinik terus singgah lunch dekat kedai pokleh. Husben kata dah lama tak makan sana. Siap kena tegur lagi dengan pokleh sebab lama naa tak datang. Kah3

Masa tu Dila memang dah takda selera makan dah sebab duk menahan contraction yang semakin kuat tapi still bearable. Tapi still lah juga makan sikit untuk kumpul tenaga.

Sempat juga minta husben tapau lasagna sebelum balik sebab teringin sangat nak makan.

Balik rumah terus request nak rehat kat atas sebab penat layan contraction. Tapi si mek kecik Maira ni pun sibuk nak follow mama dia sampai tertido sekali lah.

Jam 5.30 petang, contraction makin kuat dan kerap dalam 5 min sekali. Tunggu adik Dila, Nadiah balik dari kerja untuk tengokkan bebudak ni sebelum kami bergerak ke hospital Andorra.


6.30petang baru perasan ada bloody show masa mandi dan contraction semakin kuat dan kerap. Terus pesan kat husben untuk siap2 cepat untuk p Andorra lepas maghrib sambil doa adik Dila cecepat sampai rumah.

Lepas je azan maghrib terus siap2. Adik Dila sampai je rumah, terus kami siap2 p hospital.

Jam 7.45 malam sampai hospital terus p emergency untuk ctg n cek bukaan. Still bukaan 2-3cm. Hurm...kena admit ke tak ni? Huhuhu

Then Dr. Diyana request untuk masuk wad.
Sempat jugalah baca yassin sementara nak tunggu admit wad tu dan clearkan GL.

Masuk je wad terus rasa wow. Almaklum hospital baru, so memang enviroment pun cantik dan selesa.



Then dalam jam 9 malam lebih, Dr Yuliyanti (doc kami pilih sepanjang pregnancy checkup dekat sini) datang pula untuk cek bukaan. Dah 5-6 cm so boleh tolak ke labour room.

"Wow.. pantasnya kali ni.."

Sempat juga husben duk jamah maggie untuk alas perut. Macam dia pula yang nak meneran nanti.. lol..

So masuk labour room, Doc Yuli pecahkan air ketuban. Bila dah pecahkan air ketuban maka makin kuat dan kerap lah contraction.
Sempat juga minta ubat tahan sakit walaupun takdalah kurang pun sakitnya.

Walaupun nurse dan dr.Yuli duk puji sebab mama duk tenang je layan contraction panjang dalam 45s, tapi dalam hati ni rasa nak menjerit je tau.. But i is malu nak menjerit kesakitan.

So time ni memang duk kawal je lah dengan pernafasan sambil kaki duk mengkerekot duk tahan sakit. 🤣🤣

After air ketumban pecah, bukaan terus 7cm. Minta request untuk baring mengiring untuk kurangkan rasa sakit sampailah fully OS.

Tapi nak terlentang balik untuk ready posisi meneran tu agak menangis ye sebab nak gerakkan badan pun tak larat sebab sakit nak bersalin tu mengatasi segala2nya.

Luckly, proses kesakitan yang dasyat tu tak sampai 5 minit. Bila husben pesan suruh selawat, memang rasa nak marah pun ada sebab sakit tu melebihi segala2nya.

Doc Yuli suruh pandang dia masa meneran pun boleh buat rasa nak marah walaupun muka Doc Yuli tu lembut je macam muka pelakon Indonesia Oki Setiana Dewi. Hahaha



Alhamdulillah tepat jam 11.44 malam, lahirlah anak ketiga kami seberat 3.12kg yang diberi nama Callia Nour Humeera.
(Callia - Cantik, Indah; Nour - Cahaya; Humeera- penuh kedamaian)

Fresh from the oven


Macam rasmikan majlis katanya.. 😂😂


Proses kelahiran yang bagi kami agak cepat dan mudah sebab mama dia tak yah alami trauma jahitan dan ketakutan nak membuang.



Dan tak sampai 24jam kami duduk hospital terus discharge. Pantas memang pantas. Tak sempat mama awak nak rasa dinner mahal dari chef zubir.. 🤣🤣

Trauma untuk kelahiran kali ni?

Hurm.. rasa dah lupa pulak rasa trauma bersalin. 😂😂

Cuma trauma rengat kali ni memang kerap terutama ketika menyusu si kecik. Walaupun rengat agak kerap dan kuat macam contraction, tapi bila makcik urut kata rahim dah kecut masa hari ketujuh rasa macam, owh.. mungkin sebab rengat lah ni buat rahim cepat kecut.. Alhamdulillah..

Macam mana servis Andorra?

Doc Yuli the best. Dari sesi prenatal checkup sampailah bersalin memang servis tiptop. Lembut je doc ni tau.. sejuk je perut ibu mengandung kalau jumpa beliau.

And servis butler ni.. hurm... hahaha
Segan sebenarnya bila ko kencing ada orang teman siap tolong pakaikan lagi spender n pad. Siap servis tolong mandikan sekali tau.

Since Dila takda jahit ke apa just luka n bengkak sikit je, then mandi tu kita mandi sendiri lah. Dun worry. Ada kerusi duduk kat bilik air tu. Palang pun banyak nak berpaut incase susah naa nak bangun atau badan still tak stable nak berdiri.

Tapi kalau ko ceaser, memang tersangat2 lah bagus servis ni. Almaklum sakit bersalin ceaser ni lain macam sikit.

Then lepas bersalin, ada servis urutan.
Urutan ni simple je.. dia just sapu minyak panas kat badan n kaki.

Ada juga bidan akan datang untuk consult cara menyusu badan. Dan paling terharu sekali, masa dalam wad bersalin, diaorang akan berdoa ramai2 kat sekeliling kita supaya dipermudahkan urusan kelahiran.

Kalau bab makanan.
Seriously tak tahu nak komen sebab menu dia luar biasa sikit bagi orang kampung macam Dila ni. Sampai pening jugalah Dila nak pilih.. sebab nama menu pun pelik2.. hahaha..

Dila sempat merasa 2 meals sahaja sebab jam 2.30 petang tu dah discharge.. Tak sempat merasa Dinner..😅

Breakfast

Lunch

Harga?

Bolehlah sergah page FB diaorang.
Kat situ siap ada dah harga mengikut pakej.. 😉

Comments

Unknown said…
awak bersalin dekat andorra kan guna GL, sebelum bersalin kena ada bayaran booking apa2 x?

Popular Posts