Pengalaman Pertama Adam Di Tadika



Tahun 2018 adalah tahun pertama Dila dan suami hantar Adam iaitu anak pertama kami ke sekolah.

Rasa terlalu awal?
Idaklah..

Tujuan utama kami hantar Adam adalah untuk bergaul dengan rakan sebaya.
Sebab kami dah nampak Adam agak tak reti bergaul dengan rakan2 sebaya.
Agak pemalu.



Yelah, asik duk dekat rumah berkawan dengan Adik je kan.
Nah, mama dan walid bagi peluang untuk Adam tambah skill kemahiran hidup.
BERINTERAKSI.

Kenapa kami pilih PASTI?

Sebab yuran yang tidak membebankan.
Dan ada boleh add on skill dan pengetahuan agama sekali. 😊

Untuk hari pertama, laporan dari Ustazah.
Adam kencing dalam seluar.. huhuhu

So memang expected lah.
Sebab Adam ni pemalu.
Berbuih dah pesan kalau nak kencing atau berak, angkat tangan. Bagi tahu ustazah. 😅

Mama pun satu. Lupa nak letak seluar spare dalam beg.
So masa ambil Adam tadi, nampaklah dia pakai seluar gelebeh.. 🤣🤣🤣
Redha jelah Adam..

Dan paling best, hari pertama balik sekolah, bukan setakat baju je yang mama basuh. 
Dengan beg Adam sekali mama basuh.

Sebab Adam tertumpahkan balance susu coklat yang kami bekalkan dalam beg.
Adam masukkan kotak susu tu terus dalam beg selepas minum.
Menangis mama.. 😭😭😭



Mama pun lupa nak pesan untuk buang kedalam tong sampah atau selit dekat poket tepi beg.
Esok WAJIB ingatkan.

Mohon beg cepat kering. 
Kalau tak esok kita pakai beg burung hantu Adam jelah.

Ada yang nak tahu berapa yuran PASTI?
Bawah ni Dila senaraikan yuran PASTI  Adam.



Tapi Dila tak pasti sama ke tidak dengan PASTI yang lain.
Might be dalam range harga gitu lah kot. 😉


So apa pengalamn menarik anda bila hantar anak ke sekolah?


Comments

Popular Posts