Adam Altamis
Salam semua..
Memandangkan hari ni lunch sensorang, moh le kita menghupdate blog yang kian terkubur ni.
La ni dila nak cite perjalanan melahirkan seorang khalifah Allah yang bernama Adam Altamis bin Mohd Shafizal.
20 Feb 2014
Tarikh ni adalah tarikh ulang tahun kelahiran husben dila yang ke- tutttt.. Hehe.. Masa ni kami p lah keje macam biasa. Masa ni usia kandungan baru masuk 38 minggu. So masih releks2 lagi. Time ni kaki dila dah start bengkak dah. Start lepas p kenduri Farah&Mazli kat Rasah weekend yang lepas.
Time rehat sempat membaham domino sambil borak2 ngan adam kat dalam perut. Duk tanya lah si adam ni bila nak keluar sebab target nak keluar time birthday inche husben. Konon boleh jadi hadiah paling bermaknalah dari isteri beliau yang kedekut boleh bagi. Tapi macam biasa, tiada respon dari beliau.
Then petang tu rasa lain macam dah. Sebab tak banyak pergerakan dari adam. Kabor ke inche husben. Inche husben ajak buat checkup kat AZIM lepas asar.
Sampai kat AZIM doc pempuan kat klinik takdo lah pulak. Hanya ada jam 8 malam. Lepak2 lah gamaknya kat kedai makan berdekatan. Sempat solat maghrib kat masjid sek 9 bangi.
Lepas solat terus keluar ambil num giliran dekat kaunter. Jenuh gaklah menunggu. Dekat jam 10malam baru lah dapat jumpa doc pempuan sebab yang bertugasnya sorang. Wuwuwuwu.. Naik kematu punggung duk menunggu.
Masuk2 ce kabor ke doc masalah semasa then doc terus buat scan. Time tu kepala adam dah hampir engaged. Perut memang penuhlah sampai doc kata dah takda ruang. Masa tu scan berat adam dalam 3.4kg. Lepas scan tu, kami kena p buat ctg pulak dalam berapa minit ntah. Tapi rasa macam lama pulak. First time buat ctg so agak bisinglah sebenarnya bunyi mesin dia.ahaha.. Lagi2 masa ada contraction kuat. Sampai doc tanya ada rasa sakit tak time contraction tu. Tapi masalahnya dila tak rasa apa2 pun. Ahahaha
So doc suggest buat 24h ctg monitoring. Tapi wad kat AZIM udah full. So terpaksa p hospital serdang untuk monitor. Aku ni bab2 duk wad sensorang memang idak le. Wajib inche suami teman sekali. Then lepas keluar dari AZIM berbekalkan surat rujukan dari doc, kitaorang terus balik rumah tido. Tu pun dila buat ayat pujuk kat inche husben pergi hospital besok sebab penat nak tido.
21 Feb 2014
So masa awal2 pagi bangun, tiba2 ada show pulak. Tapi takda darah lah, just keluar macam lendir je. Tapi tak da contraction. So since semalam tak p Hospital Serdang, kami p lah Klinik Fevret iaitu Klinik Perdana kat rumah tu. hahaha.
Duk main citer je kat doc tu. Doc tu siap kabor, "Fadilah, saya rasa by this weekend awak konfem akan bersalin". And I was like.. Owh... Tapi jantung dup dap dup dap. Readykah aku nak bersalin. Makanya doc tu pun bagi lah MC untuk hari itu dan suruh berehat2 saja dirumah. Dia siap pesan lagi bila masanya wajib terus ke Hospital. Almaklum orang baru nak jadi mak bapak. Takut gelabah lebih. hahaha
Makanya, kami rehat2 sajalah dirumah. eh ke sempat p tengok wayang. Lupa dah.. ahaha
Malam tu dah rasa start contraction dah. Tapi mild2 je. Tak terlalu kerap. So releks lah lagi.. Tapi memang tak tido lah sebab jantung ni tak henti degup kuat. ahahaha. Debar oii.. Inche husben pulak, opkos tido lena tak sedar2. ahahaha.. Sokmolah ulang alik toilet sebab lendir tu keluar agak kerap. Takut air ketumban je. Almaklum mengandung anak pertama. Manalah nak tau kan.
22 Feb 2014
Lebih kurang jam 3 pagi, dah ada bloody show. Owh my.. Tapi sikit jelah macam awal2 period. Since pagi ni ada appointment checkup kat AZIM, kita tunggu jelah pagi tadi. Contraction time tu masih samar2 lagi. Tak berapa kuat and jarak masa adalah jauh2. Kejut husben cakap dah keluar darah, rasanya dia macam kelam kabut sikit. Almaklum tangah mamai tido. Tapi since dengar Dila cakap tak sakit, dia p sambung tido balik. puihh..
Then pagi tu p lah appointmentkat AZIM. Kabor jelah ke doc yang dah keluar darah, tapi sikit je. Then after scan doc cek bukaan pulak. Ni part tak best langsung. ahahaha. Masa tu bukaan baru 1cm. So doc suruh p jenjalan dulu. Nanti jumpa balik next appointment iaitu bila rasa sakit nak bersalin. OK fine.
Balik dari appointment makan McD terus. Kebulur sebab nak kejar turn checkup punya pasal. kih3. Then sempat beli hadiah newborn untuk Areeq, anak kawan husben. Dia lahir dalam minggu ni jugak. So kira tua beberapa hari jelah dari Adam.
Then lepas menshopping, balik rumah rehat2. Ingat petang tu nak p rumah kawan husben ada aqiqah kalau tak silap and p rumah Areeq lah nak melawat dia, tapi mak buyung ni tak larat. Dia p bantai tido je memanjang sebab malam tadi tak dapat tido.ahahaha.
Dalam jam 3petang baru lah se mek buyung ni bangun sebab kebulur. hahaha. Memang kirim salam lah nak p rumah member inche husben sebab mek buyung dah rasa contaraction selang 10 min. kih3. Terus ajak p makan secret recipe sebab mek buyung kebulur nak makan blueberry cheese cake dengan tomyum mereka.
Since dah sakit selang 10min, sekali pakej pergi makan dekat Bangi terus. Sonang. Apa2 hal terus p hospital. hehe. Makanya bermulalah proses mencari SR dekat Bangi. Siap menggoogle lagi. Almaklum tak pernah meround Bangi ni. Setelah duk sesat menyesatkan, ternampak Bangi Gateway. Nasib ada SR situ. Time mencari2 SR ni, memang contraction time tu dah kuat. Kalau ada katil, dah lama dah golek2. Itu pun kalau boleh golek lah. ahaha..
Since fikir kalau p serah diri pun konfem kena tunggu lama, baik tibai makan dululah kan. Makan sampai menahan sakit. Owh.. memang tabah. ahaha.
Lepas makan terus shoot p hospital, sebab rasa dah selang 5 min contraction. Then nurse duk pasang ctg sambil menunggu bidan datang duk cek bukaan. Lama gak lah dalam tu ditemani bunyi mesin ctg yg kuat. Then dalam beberapa minit, bidan pun datang. Dia duk baca report ctg then cek bukaan. Baru 2cm. What.. baru 2cm.. ingatkan dah 5 ke 6 ke paling koman pun 4 lah kan.. hehe.. sakit usah cakaplah. Bidan tu kabor stop dulu minum air zam2 sebab air zam2 ni wat contraction kuat. Sila minum semula dalam bilik bersalin nanti. And i was like eh???? Haha
Then kami terus check-in bilik sebab takut nanti bilik penuh. Haha. Masa ni contraction memang dah kuat and selang berapa minit je. Tapi itulah bukaan masih kecil lagi. Nak solat pun memang hazab. Duk solat duduk je. Hihuhu
Sepanjang malam tu memang dila tak boleh tido langsung. Duk berjalan pusing2 dalam wad tu sebab tak mo fokus pada sakit contraction. duk suruh husben urut2 belakang untuk kurangkan sakit. Memang kesian lah ngan inche husben sebab tak boleh tido duk layan kerenah isteri dia. Tapi lagi duk kesian kat diri sendiri sebab tak boleh tido and kena tahan sakit.ahahaha..
23 Feb 2014
Dalam jam 2.15 pagi, rasa macam something pecah. Rasa air duk mengalir je.. Rupanya ketumban dah pecah. Oh Allah.. start time tu memang sakitnya diluar jangkaan. Rasa nak nangis uolls.. ke i dah nangis sebenarnya..ahaha.. bidan cek bukaan baru 3cm. then nurse datang bagi ubat tahan sakit sebab nak bagi dila rest untuk save energy nk bersalin. Jam 3 pagi dapatlah tido aman sikit, tapi dalam jam 6 pagi dia datang balik.. cukuplah dapat tido dalam 3 jam dari tak tido langsung. Haha..
Lepas subuh, nurse bagi ubat paling best sekali.. ubat yang buat anda ke tandas terus..ahaha.. then dalam 7.30 pagi masuk bilik bersalin.
Dalam bilik bersalin pun lama gak.. ahaha.. sebab bukaan still 3cm tapi contraction kuat. Nasib dila buat keputusan untuk ambil epidural. So boleh rehat sikit dari sakit contraction yang dasyat. So bila guna epidural ni, memang part kaki kebas je.. time tulah pundi kencing nak menjalankan tanggungjawab dia.. ahahaha.. haih.. kalau teringat balik rasa nak ketawa je.
Dalam jam 12tgh hari kot ke 1 tgh hari, bukaan baru 8cm. masa tu badan dah rasa lemah sangat. rupa2nya suhu badan dah naik. Contraction kuat pun makin terasa, Sempat dila tanya doc, doc apasal saya boleh rasa sakit contraction kuat. hehehe.. So doc decide untuk buat vacuum, tapi failed sebab kedudukan kepala adam senget ke hape ntah. kepala vacuum tu tercabut dari kepala adam. Few times gak lah doc try. Dugaan tul rasanya. Then menggunakan saki baki kekuatan, Dila try to push harder. Alhamdulillah tepat jam 2.14PM, lahirnya seorang khalifah yang bernama Adam Altamis bin Mohd Shafizal.
Owh Adam lepas lahir dekat 1 hari gak lah tak jumpa dia sebab dia kena tahan NICU ada masalah sikit sebab terpalit demam dari mak dia. Even masa uri keluar pun doc kata uri panas. Dila just dapat sentuh dia lepas dia keluar betul2 dari oven. Then lepas nurse bersih2kan Adam, bapak dia pegang untuk azan and iqamat.
Tips kepada bapak2 yang Ohsem:
Lupa dila nak mention yang husben dila memang sentiasa ada sebelah dila sepanjang proses bersalin tu. hehehe.. Cuma nak nasihatkan sikit kepada bapak2 or bakal bapak2 budak ni. Kalau anda temankan isteri anda dalam wad bersalin, jiwa kena kental. tak mo nangis2 tengok isteri sakit.. hehehe.. kalau anda nangis, isteri anda pun nak nangis gak tau. Jiwa perempuan ni sensitif, nanti kekuatan dia untuk melahirkan anak anda akan jatuh. So untuk bapak2 sekalian, sila kuat. Bagi semangat anda. Kalau nak nangis, paling sikit or nyorok muka anda jangan bagi isteri anda yang sedang berjuang nampak k. Sentiasa doakan permudahkan proses kelahiran and ringankan sakit isteri anda.
Dalam jam 12tgh hari kot ke 1 tgh hari, bukaan baru 8cm. masa tu badan dah rasa lemah sangat. rupa2nya suhu badan dah naik. Contraction kuat pun makin terasa, Sempat dila tanya doc, doc apasal saya boleh rasa sakit contraction kuat. hehehe.. So doc decide untuk buat vacuum, tapi failed sebab kedudukan kepala adam senget ke hape ntah. kepala vacuum tu tercabut dari kepala adam. Few times gak lah doc try. Dugaan tul rasanya. Then menggunakan saki baki kekuatan, Dila try to push harder. Alhamdulillah tepat jam 2.14PM, lahirnya seorang khalifah yang bernama Adam Altamis bin Mohd Shafizal.
Owh Adam lepas lahir dekat 1 hari gak lah tak jumpa dia sebab dia kena tahan NICU ada masalah sikit sebab terpalit demam dari mak dia. Even masa uri keluar pun doc kata uri panas. Dila just dapat sentuh dia lepas dia keluar betul2 dari oven. Then lepas nurse bersih2kan Adam, bapak dia pegang untuk azan and iqamat.
Tips kepada bapak2 yang Ohsem:
Lupa dila nak mention yang husben dila memang sentiasa ada sebelah dila sepanjang proses bersalin tu. hehehe.. Cuma nak nasihatkan sikit kepada bapak2 or bakal bapak2 budak ni. Kalau anda temankan isteri anda dalam wad bersalin, jiwa kena kental. tak mo nangis2 tengok isteri sakit.. hehehe.. kalau anda nangis, isteri anda pun nak nangis gak tau. Jiwa perempuan ni sensitif, nanti kekuatan dia untuk melahirkan anak anda akan jatuh. So untuk bapak2 sekalian, sila kuat. Bagi semangat anda. Kalau nak nangis, paling sikit or nyorok muka anda jangan bagi isteri anda yang sedang berjuang nampak k. Sentiasa doakan permudahkan proses kelahiran and ringankan sakit isteri anda.
Comments
time ita plak husband ita wat lawak..tp x larat nak gelak..sebb tgah sakit..die leh gurau2 ngn doc time tu..hehe