Tulang dan Jam

Yeay.. ada cite. boleh hupdate.

Sabtu lepas, aku p Sunway. Masa aku tunggu tunang aku berurusan dengan bank, aku p lah menjenguk sana sini menghilangkan bosan menunggu. Dari tingkat atas aku ada nampak Anlene buka booth sempena Hari Osteoporosis yang aku pun tak tau tarikh nya bila.

Dari atas tu aku nampak lah ramai pakcik2 makcik2 buat pemeriksaan tulang secara percuma. Owh dan pastinya dari pemerhatian aku selama 10 minit, mostly yang buat pemeriksaan adalah warga yang berumur 30-an keatas.

Lepas tunang aku selesai urusan bank, aku try lah ajak dia p buat pemeriksaan tulang. Opkos tunang aku tak mau. Dia kata tulang dia dah cukup kuat sebab minum susu kambing hari2 then p bersenam setiap weekend. (Tak usah lah kalian bayangkan tunang aku ni ada six pack abs, takda pun.. kah3)

Sebab keinginan aku ni melampau sikit, masa kita orang dah turun tingkat bawah, aku ajak lagi dia p wat ujian. Tak mau jugak. Aku ajak lagi, baru nak ikut. haih.. payoh kebenar. Sekejap je tak sampai 10 minit pun sebab dia buka banyak kaunter untuk scanning and kaunseling.

Nak tau keputusan pemeriksaan aku. Nah aku attach gambar. 




Okey. Fine. Gila teruk. Umur baru 23 tapi kecenderungan untuk osteoporosis adalah SEDERHANA. Tapi aku tak rasa accurate sebab kaki yang aku cek tu mmg ada masalah sikit. menyesal tak suruh test dua2 kaki. T-T

Owh keputusan ujian tulang tunang aku pulak. opkos dia teruk sikit dari aku.. ahahaha :D
 
 Kisah lain pula.

Tadi masuk2 opis ada bungkusan atas meja. Opkoslah posto dari pos laju. hehe. Sebulan yang lepas aku ada beli jam online. Agak menariklah juga jamnya dan opkos sekali lagi metilah ada diskaun. hehe..
Punya lah lama nak tunggu sampai sebab jam ni diterbangkan dari obersea. Aku ingat kan dapat lambat sebab dia guna laluan air tapi bila tangok balik information dekat parcel, guna laluan udara lah pulak.




Pertama kali aku beli jam dapat kotak besar gedabak. Tak caye, meh tengok. Owh dan ini bukan lah jam aku.. hehe..




even jam tu besar, tapi masih ada ruang kosong lagi dalam kotak tu



Ok bye. nak tido.

Comments

Popular Posts