Rojak

Salam

Tak tau nak letak tajuk apa, makanya aku just letak rojak je lah sebab citer pun bercampur-campur. Almaklum aku ni kan rajin sangat nak menghupdate blog. pfftt..

Mula2 nak cite pasal cicak. not cicak man okey. ni cicak yang putih yang boleh nampak urat dia tu.. eww.. geli okeyh..Aku jumpa cicak ni masa nak solat zuhur. Dia landing baik punya kat atas sejadah. Nasib baik perasan cicak ni sebelum aku capai sejadah tu.




cicak yang mengelikan.


Then aku yang semula jadi bersifat agak malu2 kucing, cepat2 capai hanger nak membuat balingan ala2 balingan manja dekat cicak tu. Makanya cicak yang 'terkejut cicak' terus melompat daripada tempat yang tinggi. Agak2 rasa dah selamat terus amik sejadah dan solat. Lepas solat, try lah tengok semula cicak tu kat mana. (nampak sangat aku solat tak khusyuk . keh3). Tiba2 perasan ada bangkai cicak. Try lah kuis2 dengan hanger. Manalah tau cicak tu pura2 mati ke. Setelah dikuis2 aku biarkan dulu mana lah tau dia lari ke lepas tu.

Kemudian selepas sejam lebih aku biarkan, still macam tu jugak cicak tu, maka aku istiharkan 'cicak mati' dekat dia. Dan aku tak rasa aku penyebab kematian dia akibat terjun daripada tempat yang tinggi. keh3. Nak membuang satu hal. Aku ni kan geli geleman sikit dengan binatang2. haih.. tak mau cerita. Naik geli aku. hak3

Ni citer lain pulak. Sekarang aku sedang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. see hebat aku berperisa eh berperibahasa owkeyh.

Dah 7 haribulan tapi aku masih tak dapat gaji lagi. Nasib duit simpanan aku, aku tak simpan dalam bank. Kalau tidak, memang dah keluarkan dah semalam. hehe. Ni pun ada lah sikit untuk bayar duit parking kereta untuk bulan ni (lepas ni nak cari tempat keje yang tak payah bayar parking bulan2). Adalah sikit duit untuk aku makan sebelum dapat gaji. Tapi takpelah. aku tak kisah. Sebab minggu2 aku balik kampung. keh3. Beli barang dapur pun swipe saja. (guna kad kedit mak aku, sebab aku mana ada kad kredit. Tapi segala resit kena kumpul untuk bayor balik. keh3)

Aku harap, esok aku dapatlah gaji aku. Eh. esok aku keje pagi. Mau tido dulu.. Cao cin cau..


Comments

Popular Posts