W7 vs Ubuntu.


Salam semua


Kali ini saya ingin berkongsi sedikit idea. Masalah ini bermula apabila saya ingin membuat dual-boot dalam laptop saya. Pada mulanya laptop saya menggunakan Windows 7 Ultimate. ( ye.. bukan ori pun. ) Kemudian, datang bisikan Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal) di telinga saya membisikkankata-kata cinta. Maka, saya seorang wanita yang mempunyai hati yang rapuh ini, haruslah terus jatuh cinta.


Makanya, apabila hampir termetrainya satu perjanjian antara saya dan sang arjuna Natty. Tiba2 abang W7 memutuskan perjanjian kami.

Eh korang faham tak ayat tak berapa nak pujangga ni.. hehehe.


Ok. Kembali kepada kehidupan realiti.

Masa aku nak install Ubuntu 11.04, dan aku rasa aku tersalah install, maka secara tiba2 W7 aku corrupt (window suruh aku repair benda ntah sebab ada file missing). Kah3. Makanya aku, install Ubuntu 11.04 ni sebagai primary OS aku. Tapi, ada satu masalah pulak dengan U11.04 ni, dia tak boleh detect CD RW/DVD rom drive aku.. memang kepanasan jugaklah sebab aku baru sedar masalah ni minggu lepas. Aku ingatkan CD yang problem. Penat je aku sebal hati CD gambar konvo aku tu kosong. Rupanya U11.04 ni yang tak detect. Hampeh betul.



Dan disebabkan aku tak jumpa cara penyelesaian, makanya aku install Ubuntu 11.10 (Oneiric Ocelot). Tiba2 keinginan aku untuk mengembalikan W7 adalah sangat tinggi. Sebab tak boleh nak karok sangat guna U11.10. Memanglah ada software minilyric untuk U11.10 iaitu Osdlyric. Tapi... lagu korea kluar tulisan korea. Kalau aku dulu belajar kat korea takpelah. Ni nak edit lirik pun tak boleh. (Alasan tak munasabah betul. Kah3)


Makanya, setelah selamatkan semua file aku dimasukkan kedalam Simpanan Awan Ubuntu (Ubuntu One), makanya bermulalah operasi menginstall W7. Tetapi malangnya. Ye ada malangnya. Ada error masa install W7. Aku tak berapa ingat lah pulak error dia apa. Makanya usah kaorang risau kalau korang ada problem macam aku..

Pertama sekali, korang masukkan CD Installer Windows 7 (ori ke tak ori ke. itu belakang kira). Kemudian korang boot lah dari CD. Lepas pilih bahasa apa yang korang nak. Korang pilih startup repair. Then buat lah macam mana sampai korang boleh masuk Command Prompt. Aku pun terlupa macam mana boleh masuk cmd, sebab2 tiba2 je aku main2 tekan dia keluar cmd. Kah3.



Then korang follow command dari link ni.




Command ni untuk format korang punya Drive lah. Tak perlulah nak cari pemutar skru ke nak bedah2 laptop korang ni. Guna simple command je.



Kemudian semasa korang duk kalut ikut cmd dekay youtube tu, ada satu cmd yang korang akan dapat error “Volume size to big”. Kalau dapatlah kan. Error ni bahagian masa korang taip cmd ni

>format fs=fat33 quick

Jangan risau. Korang gantikan dengan cmd ni

>format fs=fat32



Dan sekarang ini, aku beranggapan korang dah berjayalah kan. Silalah install W7 korang macam biasa. Kalau ada masalah juga, p google sendiri. Akupunya ok je. Hak3


Renung2kan dan selamat mencuba

Comments

Dark-Emperor said…
lenkali...
pakai vmware je mudah...
install ubuntu dalam vmware...

Popular Posts