Horoscope

Salam semua..

Nak dipendekkan cerita, dalam team aku kat office tu, adalah seorang kanak-kanak jejaka India. Kami lebih suka berYM kat dalam office. keh3x. Hampir semua rahsia kerajan2 kami, kami bincang dalam YM. Padahal kami duk bersebelahan je. Takut digelar kami asik bersembang kopi mungkin. sebab tu kami berYM. Dah kata rahsia. hehe.

Kembali ke tujuan asal. Tadi beliau tanya aku. Lahir bila? Jam berapa? Dekat mana?

Dia nak p cek horoscope aku kat stu laman web yang fofular dikalangan orang India. Untuk pengetahuan anda yang baru dipengetahuan aku, orang India ni sangat mempercayai horoscope. Sebelum mereka2 ni kawen, mereka akan cek dulu horoscope mereka sama ada mereka ni sesuai atau tidak. Nak cek horoscope ni, diaorang cek guna bulan, planet dan macam2 lagi. aku takj ingat sangat..ahaha..

Tapi tujuan utama aku, aku nak bagi tau lah keputusan horoscope aku yang dia cek. Aku tau, sebagai seorang umat Islam, kita tak harus percaya atau berpegang benda2 macam ni. Aku just ambil tahu je. Bukan percaya. Kadang2 bukan semuanya betul pun. Ye dop.

Dia kata, aku ni ramai kawan. Sangat ramai. Tapi yang betul2 rapat dengan aku, adalah sangat sedikit. Bagi aku, adalah benarnya disitu.

Dia kate ke aku lagi, aku ni boleh faham banyak subjek dan pandai uruskan semua subjek tu. Bagi aku, kalau aku pandai uruskan, dah lama aku dapat 4 flat semua subjek.keh3x.

Dia kata ke aku lagi, kemajuan utama dalam hidup aku adalah kerana aku percaya dengan tuhan. Bagi aku, Alhamdulillah, semoga itu menjadi pegangan hidupku. Pegangan kepada agama Allah.

Dia kata lagi, disebabkan aku mempunyai hati yang lembut, aku akan cepat kecewa kalau ada sebarang tuduhan mahupun sesuatu benda yang tak ikut perancangan yang aku aturkan. Bagi aku, siapa2 yang kenal aku, konfem akan tahu lah kan. Cuak tak cuak kalau aku handle sebarang event.keh3x. Cuak tak cuak aku time FYP. hehehe..

Dia kata ke aku lagi, Bila aku bersedih, aku akan rasa lega bila bercerita dengan orang terdekat aku. Bagi aku, yang ni mmg betul. sebab aku jenis tak suka nak cari gaduh mulut dan aku jenis pendam. Bila aku cerita semua tak puas hati aku kat teman rapat ku, makanya, kemarahan ku aku beransur hilang. Tapi, once korang dah cecah limit, memang korang takkan dilayan sampai bila2.

eh.. dah panjang sangat ni. berenti dulu lah. nak makan. dah lapar.

bye2.

Comments

Popular Posts