interview

salam semua..

Ingat isnin ni nak buat conclusion untuk minggu ni dan camping this weekend. tapi malangnya, tak dapat nak p camping since ibu takut nanti anak kesayangan (okeyh.. ni penipuan) beliau kepenatan next week.. maklumlah, sekarang musim interview. hehehe.. Jadi biar aku conclude kejadian yang berlaku pada hari ini sajalah..

Isnin hari tu ada interview dekat Scope International. syarikat ni under Standard Chartered. Interview ni adalah untuk Graduate Trainee for Programming. 6 bulan training. 3 bulan ada kelas then 3 bulan lagi apply apa yang dah belajar kat job. tapi masa belajar tu, kita bukan belajar programming je, kita akan belajar business gak since syarikat ni under standard chartered.

since aku ni puak golongan network, makanya aku agak kurang berminat sikit pasal programming. tapi apsal aku apply.. ahahaha.. since dekat iklan job tu dia kata, dia bagi peluang budak golongan network. aku just cuba nasib lah.. tak rugi pun. masa interview tu, dia offer gak untuk holdkan resume aku untuk bahagian network. InsyaAllah ada rezeki, adalah peluang.. huhuhu..

Dan hari yang sama sebelum aku bersiap2 nak p interview. Aku dapat phone interview from Lenovo. haih, memang carca merba lah interview phone aku tuh. ahahaha.. Memang aku rasa peluang nipis gila nak dapat job kat lenovo tu..tawakal je lah yang mampu..ahaha

owh, masa Isnin tu aku dah memang dah ada kat Pochong. kat rumah abang aku. then selasa pagi aku cadang nak balik kuala selangor. time tu memang henset aku pun dah kiong dari malam isnin lagi sebab guna GPS.. maklumlah, aku kan buta jalan area KL ni.. I orang KS okeyh :)

Then, dah sampai rumah, aku terus charge henset. nasib memang baik. then dapat kol interview kat plaza prima, hari khamis jam 3.30 petang untuk position IT support. Sangat penat pulak nak ulang alik kan.. So rancng nak balik semula puchong hari khamis pagi..hehe

Then lepas beberapa minit dapat kol lagi, inform esoknya, Rabu pulak ada interview jam 3.30 petang kat Lenovo.. ok.. memang esok juga kena gerak tapi bukan ke puchong, ke damansara, rumah abang aku lagi sorang..

Alhamdulilah, esoknya selamat sampai ke damansara uptown. Tapi nak mencari office, memang satu uptown aku pusing. memakai kasut berheels, memang jalan macam $%^^&*^$@#.. Dah lah gaya memang stok budak nak cari kerja. hahaha.. nasib badan.

Then Alhamdulillah, jumpa gak office dia. Lepak2 sat kat Mcd dengan Wanie. Owh.. Wanie memang kerja kat Lenovo tu. aku interview untuk ganti position dialah sebab dia nak tukar tempat kerja..huhuhu

Masa lepak2 makan kat Mcd, adalah seorang auntie Chinese ni, duduk semeja dengan kitaorang. Then entah macam mana boleh pulak aumtie ni masuk sembang2 ngan kitaorang. then dia minta tolong isi borang sikit (see, ada udang di sebalik mee..hehehe) Masa Wanie naik dulu p office dia, tinggallah aku dengan auntie ni.. aku rasa auntie ni memang banyak membantu aku sebab aku berbual ngan dia dah macam interview pun ada gak.. ahahaha.. Glad to meet her :)

Then masa interview tuh, agak lama gak ar.. lebih kurang setengah jam interview aku sorang..huhu.. tapi nasib baik orang yang interview aku tuh ok. Alhamdulillah, aku dapat job kat company tu..

So, disebabkan aku malas nak membaca buku protokol, makanya aku cancel Interview hari khamis tu. Rasa lega bila dah dapat keje. Memang hebat lah aku punya selera malam tu. maklumlah dah 3 hari aku macam tak da selera dan rasa nak demam..

Sampai kat sini dulu kot aku berceloteh. penat nak taip sebanarnya.. adiosa :)

Comments

Popular Posts