Project Management Certificate (PMC)

salam semua

Rasanya masih belum terlambat lagi nak cerita pasal Project Management Certificate. hehe..

Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Ilahi diatas limpah dan kurniaNya dengan keizinanNya, dapatlah saya menggenggam dua sijil iaitu EPM - EC-Council Project Management Certification dan juga MCTS: Project - Microsoft Certified Technology Specialist: Office Project 2007 Managing Project. Ayat stok ucapan dapat anugerah pulakkan.. hehe

Nak diikutkan sejarah lama, bab2 management ni memang bukan sekutu akulah kan.. duk kalut study bagai nak gila untuk peksa, memang result takat B sajalah kan. nak sentuh gred A tu punya payah. memang kami bukan sehati sejiwa tak boleh nak berdansa langsung.

Bila dapat tawaran Project Management Certificate dari 3P, mula2 agak teragak2 gaklah kan. Tapi dah benda free, daripada menganggur tak buat apa2, moh lah kita join. tak rugi apa2 pun kan.Kerajaan nak bayarkan. memang kenalah dengan motto hidup aku, orang nak bayarkan jangan ditolak.. Lagipun ada dua sijil meh.. hehehe..

Mula2 masuk kelas MCTS: Project, kami duk belajar pasal Microsoft Project 2007. Instructor kami ni pulang orang Philippines. Instructor kami ni feymes dengan ayat "Hey hey" , "what what" .. (=_=)''



Nak dijadikan cerita, duk selama aku belajar kat UiTM ni, memang aku tak pernah lah nak menggunakan Microsoft Project. Yalah.. Kalau boleh guna Microsoft Project untuk configure router ke switch CISCO ke.. memang patutlah aku master software ni kan.hehe.. Jadi dengan menggunakan strategi yang mantap, kami sekelas yang baru 8 hari menggunakan software ni lulus dengan cemerlang serta gemilang.. :P








Masa nak ambil exam ni, memang banyak dugaan datang melandalahkan, server down so terpaksa tunda minggu depan. then ada problem macam2.. memang emosi sikitlah time kursus 3p ni. dugaan tul. ahaha

jadi untuk meraikan kejayaan aku yang tak seberapa bagi sesetengah orang, maka aku pun menghadiahkan diri sendiri dengan membeli barang2 seperti dibawah :-




hanya mampu beli sunglass dari vincci je..


beg cantik untuk baju kotor dikala sedang travel..ahaha



10:24PM-------------tengok cite kat tv3 sat------ :)

Masa kelas EPM lak, instructor kami orang local. sangat bersyukur..huhu.. Instructor kami ni nama dia Mr. Jagadish. Yang menarik dalam kelas dia ni, memang banyaklah fakta2 menarik yang dia suka kongsi. seronok. tapi aku ada je ponteng kelas dia..ahaha..






dah kata management ni memang bukan jiwa aku, memang tak sahlah kalau tak ponteng seharikan.. hehe.. cuba bayangkan buku yang setebal +2inci, ada 15 module nak dihabiskan dalam masa 5 hari, sila bayangkan tahap kecintaan aku pada perkara2 logical yang baru aku belajarkan walaupun tak semua baru .. tapi boleh berasap kepala tau..haha :D



tahap fokus dalam kelas memang tak hingat :P


Maka, masa exam ni pun memang dugaan gaklah kan. Masa daftar untuk ambil exam ni kat website dia, tiba2 key purchase untuk exam ni tak valid. ok exam ni harga dia $99 bukan dalam ringgit malaysia tapi dalam dolar US. kalau kita convert pada Rm, maka harganya adalah *sila kira sendiri..keh3



Tapi Alhamdulillah, lepas gak aku exam ni.. dapat 80/100.. Alamak, result slip ada kat dalam kereta pulak. malas lah nak buh gambar.. hehehe

Lepas habis exam, je aku terus kemas2 barang masuk dalam kereta, kemudian pecut ke puchong ke rumah abang aku. yalah.. esoknya ada misi penting..keh3



Memperkenalkan Captain JACK TURTLE :)

ok, comel tak JACK TURTLE aku.. hehe.. Inche jantung hati hadiahkan sempena pass dua2 exam certificate..hehe..

Sabtu lepas aku ngan jantung hati pergi Aquaria. Sebenarnya 2nd time aku pergi kat situ.. even 2nd time pun, aku masih teruja kot kat dalam tu..haha

Comments

Anonymous said…
assalammualikum, saya nak ty, bagaimana nk dftr or apply kursus project management software?....

tlog tunjuk ajar sikit, sbb saya dh lma mcri tmpt nk bljr project management software dlm tempog y singkat...tlh ajar bgaimana cara nk apply..boleh x?
nie email saya

are_week108@yahoo.com.my

harap sgt ni..:)

Popular Posts