::beginner di shah alam::

salam sahabat-sahabat :)

tiba-tiba tersuntik idea nak tulis blog dikala sedang dikelilingi kertas-kertas exercise dan nota-nota subjek web programming. ahaha.. semangat rajin sebab tak pergi kelas web programming pagi tadi. konon mahu tebus kesalahan tak pergi kelas. bangun-bangun dari tidur dalam jam 10.30 pagi, terus pergi mandi, habis mandi terus buka laptop, terus hadap exercise lab yang sepatutnya dibuat hari ni di dalam lab. konon sedang buat virtual kelas..tehee..

pejam, celik.. pejam, celik... makan, tidur... dah masuk tahun ke-3 rupanya. haila.. masa sudah berlalu dengan pantas. jadi apa yang saya dapat sepanjang belajar di sini.. hurm.. itu biarlah saya jawab dalam hati. yang menjadi topik sekarang ini adalah...... BERAPAKAH TAHAP PENGETAHUAN ANDA TENTANG JALAN-JALAN DAN SELOK BELOK DI SHAH ALAM SETELAH 2 TAHUN ANDA DIAMI?

hurm..erm...hahaha...meh-meh saya jawab..
1. saya tahu pergi ktm padang jawa.. ktm shah alam itu saya tak tahu jalan nak p drive sana.
2. jalan nak p kondo kristal saya baru tahu hari jumaat lepas sebab nak ambil sepupu saya.
3. saya tahu nak p tesco shah alam tapi tak tahu jalan nak p tesco extra, stadium mahupun giant shah alam.
4. saya penah drive p pejabat agama islam.
5. saya tahu nak drive p masjid negeri tapi tak pernah masuk lagi.
6. saya tahu jalan nak p pas, sacc, pkns, plaza masalam, anggerik mall.
7. saya tahu jalan kat dalam uitm.
8. saya kurang ingat jalan nak p terminal bas sek 17.
9. saya tak tahu jalan nak p ole-ole
10. jangan cakap anda berada di seksyen mana kerana saya tidak tahu seksyen-seksyen di shah alam kecuali sek 7, sek 2 dan sek 3.
11. saya tahu jalan nak p puchong (rumah abang saya) dan jalan nak balik rumah kat kuala selangor.
12. saya selalu sesat untuk pergi dan balik dari sunway ke uitm shah alam.
13. saya master jalan nak p jusco bukit tinggi.
14. saya tak pernah drive ke kl. dan hampir setahun tidak jejak kl..hahaha

sangat masterkan saya jalan-jalan di shah alam. jika anda sesat di shah alam. jangan lah segan-segan untuk hubungi saya.. :)

Comments

Anonymous said…
sek 17 ngn ole2 padahal sebelah je kak oit~~~
kalau aku sesat, ko org terakhir aku cari~~ huhuhu
dila said…
hehehe.. tak perasan pun ole2 kat sek 17.. hahaha..

Popular Posts