::lu cuak sama wa ka?::



salam semua!

korang tahu tangga maut dekat FSKM tu.. tangga yang telah menjadi jalan utama bagi pelajar-pelajar FSKM yang membawa kereta secara halal mahupun haram(akulah tu) untuk pergi ke kelas. bagi aku, kawasan sekitar tangga tu boleh menjadi seperti pusat persinggahan sementara monyet-monyet,anjing-anjing mahupun biawak-biawak ketika mereka sedang bermusafir. cukuplah sebagai pendahuluan cerita lokasi.

cerita utama sebenarnya adalah, jika kalian-kalian melalui tangga disitu, silalah jangan bertegur sapa dengan monyet-monyet disitu apatah lagi mengutuk mereka secara berhadapan. nak dijadikan tauladan, aku bersama dua rakanku yang sedang mengalami ketidak puasan hatian kami terhadap kemudahan di fakulti kami yang tidak menyediakan sebarang kemudahan faks, print mahupun fotostat. jika ada kedai kooperasi ke kedai printing ke, kedai fotostat ke atau kedai faks ke, boleh laa kami terima tak ada kemudahan, tapi satu kedai pun tak ada. kepada MPP sila ambil perhatian. kami sangat memerlukan kemudahan seperti diatas kerana tanpa mereka, kami banyak mengalami kesulitan terutama ketika kami terpaksa menghantar faks yang sangat penting dengan segera.

erk, rasa aku dah melalut ni.. (-_-)"

berbalik pada cerita monyet.

kami hampir diserang hendap oleh monyet disitu kerana mulut aku yang telah mengeluarkan ayat "apsal kita tak boleh print kat office tu, bukan kita nak main-main print pun, bukan nak print monyet pun"
lepas je aku sebut "PRINT MONYET" terus monyet tu pandang kitaorang dan terus berlari-lari dengan gaya seperti hero tengah marah dan ingin menerkam kearah kami. Alhamdulillah, aku tak tahu secara tiba-tiba monyet tu takut (pelik dari marah terus takut) , dia patah balik lari naik panjat pokok walaupun dah dekat dangan sasaran (kitaorang la tu). apa kes?

apa pasal lu lari? tadi lu tunjuk berani sama wa, lu nak terkam wa..lu cuak sama wa ka? wa belum buka langkah silat lagi lu dah lari. kalau lu anak jantan lu turun. lawan sama wa laa.. ahahaha



p/s: aku masih tak mengerti kenapa monyet tu lari. adakah aku tak bersyukur sebab tak kena terkam sama monyet..haih (-_-)''



Comments

Popular Posts