::pertama kali::

"sobo..perjumpaan koq kul bpe ek? kat ner?" ujar fadilah dgn penuh kerisauan. mana tidak nnyer. pertama kali beliau menceburkan diri dalam bidang lain setelah masuk sem ketiga dekat Ui** nih. kalau dulu, beliau tidak ambil pusing langsung tentang koq nih. biasarlar..budak baru berenti palapes.

hakikatnya, bukan pertama kali beliau menghadirkan diri dalam pertemuan ini. masuk nih sudah dua kali.pertama kali ketika beliau di sem satu. tuh pun beliau sensorang jer yang pergi. kawan2 beliau lain masih dialam mimpi dan melakukan aksi kuak lentang diatas katil.

selepas menyarung kasut sukan nike kesayangan beliau, beliau pun terus menekan punat2 di telefon bimbit beliau yang menggunakan sistem OS untuk mencari nama mira. setelah dijumpai punat bergambar ganggang telefon pula di tekan.



"mira, awak kat ner?"

"kiter tgh drive nih. kejap lagi kiter sampai. pady pegi lar dulu."

"perjumpaan kat stadium. kiter tggu kat stadium lar ek."

"ok2"



maka beliau dan teman sekutu beliau pun melangkah kaki dengan penuh bangga menuju ke stadium. yelar senior. tunjuk taiko sikit. jalan pun masih teratur lagi.tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. masih awal lagi. perjumpaan klu 9 mengikut notis2 yang ditampal. jam masih menunjukkan jam 8.25 pagi.

"weyh. korang x reti nk tgk jam ke? dah pukul brape nih. terhegeh2 baru nk sampai. majlis dh lame start. korang tgk jam maner? hah..yang ko selempang2 tudung ko kenape? x reti nk turunkan. korang nih kater pelajar u. buatlar cm pelajar u. turunkan tudung tuh"

heyh..br nk panjat bukit nak pergi stadium dah kene sergah. hati fadilah dah lar cepat membara. tapi fadilah nih pandai kawal hati dan perasaan. bertindak mengikut otak. kalau diturutkan hati. memang dah lame manusia yang baju berloreng merah tuh dapat hadiah. macam x boleh nk cakap elok2. kata amalkan sifat berbudi bahasa. makan selipar karang baru tau. fadilah nih kecik jer nampak. tapi tumbukan beliau mau berlebam. dulu time kecik2 beliau nih selalu jer bergusti ngan abang beliau. sampai berlebam2 blakang badan. tapi tetap cool maintain tahan ego. time budak2 ego kene tinggi. sakit pun bilang x sakit.

hati dah panas. muka kene buat toya. duduk tengah padang dgr orang2 besar berucap. x sempat duduk, fadilah pun membebel. tahan dalam hati karang bernanah. baik mengata . bagi kool sikit hati. sesi bergossip pun bermulalah kat blakang. dengan orang yg baru fadilah kenal pun layan join fadilah bergosip. hahaha~ mesra rakyat betul fadilah time tuh. memang habis manusia yg berbaju celoreng merah tuh dikutuk abis. puas hati fadilah. habis sudah dendam terhadap manusia berbaju celoreng merah itu.

selepas sesi ceramah selesai, fadilah dan sekutu2 beliau pun berkumpul mengikut kumpulan yang dh didaftarkan. fadilah nih suke aktiviti2 luar. jadi fadilah nih pun sertai kelab reakrasi. boleh tahan juga kelab nih. x macam kelab kat time sekolah2 dulu, hanya aktiviti berjogging saja yang dilaksanakan. maka sesi taklimat pun bermula. setiap kali hadir dalam aktiviti, setiap ahli dikehendaki memakai kad matrix dan membawa buku log. dengar sahaja kena memakai kad matrix hati fadilah tertawa. mana tidak nyer. selama ini kad matrix fadilah hanya berada didalam purse beliau. jarang sekali beliau menggantungkan kad metrix di baju beliau.

tapi hati beliau lagi tertarik dengan buku log yang beliau terpaksa membawa setiap kali perjumpaan. setiap aktiviti yang dilakukan hendaklah beliau catatkan didalam buku log itu. jika boleh hendaklah ditampalkan gambar2 aktiviti yang dijalani. contoh buku log yang dibawa oleh pengurus kumpulan beliau sangat menarik minat beliau. sangat berwarna warni. mungkin beliau boleh kembali ke zaman sekolah beliau dengan buku log itu.

Comments

xxx said…
(571 patah perkataan)

great story though!
dila said…
fuhh..
sanggup btul ko kire izzua.
ko igt nih rumusan ke aper..
huhuhu~

Popular Posts