::pesanan buatmu dan diriku::

tolong SAMPAIKAN pada si dia..
tolong BERITAHU si dia...
aku ader PESANAN buatnya..
tolong BERITAHU si dia...
CINTA AGUNG adalah cintaNya..
tolong BERITAHU si dia...
CINTA MANUSIA bakal membuatnya alpa..

tolong NASIHATI si dia..
jangan MENYINTAIKU lebih dari dia MENYINTAI YANG MAHA ESA..
tolong NASIHATI si dia..
jangan MENGINGATIKU lebih dari dia MENGINGATI YANG MAHA KUASA..
tolong NASIHATI si dia...
jangan MENDOAKAN KU lebih dr dia MENDOAKAN IBU BAPANYA..

tolong KATAKAN pada si dia...
dahulukan ALLAH kerana disitu ada SYURGA..
tolong KATAKAN pada si dia...
dahulukan IBUBAPANYA kerana ditelapak itu SYURGANYA..

tolong INGATKAN si dia...
aku terpikat kerana IMANNYA bukan RUPA..
tolong INGATKAN si dia...
aku lebih cintakan ZUHUDNYA bukan HARTANYA..
tolong INGATKAN si dia...
aku KASIHI kerana SANTUNNYA..

tolong TEGUR si dia...
bila dia mula MENGAGUNGKAN CINTA MANUSIA..
tolong TEGUR si dia...
bila dia TENGGELAM dalam ANGAN-ANGANNYA..
tolong TEGUR si dia...
andai NAFSU mengawal fikirannya..

tolong SEDARKAN si dia...
aku milik YANG MAHA ESA..
tolong SEDARKAN si dia...
aku masih milik KELUARGAKU..
tolong SEDARKAN si dia...
TANGGUNGJAWABNYA besar kepada KELUARGANYA..

tolong SABARKAN si dia...
usah diucap CINTA dikala CITA-CITA belum terlaksana..
tolong SABARKAN si dia...
andai diri ini ENGGAN DIDEKATI kerana menjaga BATASAN CINTA..
tolong SABARKAN si dia...
bila JARAK menjadikan penyebab bertambahnya RINDU..

tolong PESAN padanya..
aku tidak mahu menjadi FITNAH BESAR kepadanya..
tolong PESAN padanya..
aku TAK MAHU menjadi punca KEGAGALANNYA...
tolong PESAN padanya..
aku membiarkan YANG ESA menjaga dirinya..

tolong KHABARKAN pada si dia..
aku tidak mahu MELEKAKAN dia...
tolong KHABARKAN pada si dia..
aku mahu dia BERJAYA dalam IMPIAN dan CITA2NYA...
tolong KHABARKAN pada si dia..
jadilah PENYOKONG dalam kejayaanku..

tolong SAMPAIKAN pada si dia...
aku mendambakan CINTA SUCI yang terjaga..
tolong SAMPAIKAN pada si dia...
CINTA KERANA ALLAH tidak ternilai harganya..
tolong SAMPAIKAN pada si dia...
hubungan ini TERJAGA selagi
dia MENJAGA hubungan dgn YANG MAHA ESA..
tolong SAMPAIKAN pada si dia...
kerana AKU TIDAK MAMPU meberitahunya sendiri..

hanya Engkau YA ALLAH yg mengetahui SIAPA SI DIA..
moga pesananku sampai padanya
walau aku TIDAK MENGETAHUI dimana si dia..
semoga dia seekor lebah yang sentiasa
MEMUJI KEAGUNGAN YANG MAHA ESA
memasuki TAMAN LARANGANNYA..
dengan sopan santunnya dan
BERTEMU MAWAR BERDURI
yang terjaga oleh tuannya..
SIMPANLAH pesanan ku ini sehingga
KAU BERTEMU DIRIKU
suatu hari nanti...






p/s:
mungkin pesanan ini ak lbey tuju kepada diriku..
kerana banyak kesilapan yang telah kulakukan..
x mau dibicarakan kesalahanku..
kerana diriku ini malu..
malu untuk menghadapi kenyataannya..
trima kasih kepada sahabatku..
kerana titipan pesanan ini darimu..
titipan ini sudah lama ditanganku..
tapi entah mengapa hatiku ini tidak terbuka untuk menghayatinya..
hipokritlah ak jika ak tidak tersentuh ketika pertama kali ku membacanya ketika mula2 titipan ini ditangan ku..
sehingga ku meminta sahabatku untuk menyalinnya..
kerana ketika itu..
ak tidak lagi mengenal erti godaan dunia..
ku masih naif ketika itu..
kini ketika ku membaca titipan itu semula..
kusedar..
kesilapanku..
kesalahanku..
masih adakah lagi ruang untuk ku
membaiki kasalahanku?
ya..pasti ada...
kerana kesedaran itu telah menjadi milikku..
maafkan aku...
trima kasih YA ALLAH..
trima kasih SAHABATKU..




Comments

Popular Posts